Permulaan Soal Selidik Pengalaman Pengguna Terhadap Proses Pendaftaran Akaun Consumer Redress Portal (CRP)

09/09/2024 11:38 AM

CYBERJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan Soal Selidik Pengalaman Pengguna terhadap saluran utama penyelesaian aduan pengguna MCMC yang dikenali Consumer Redress Portal (CRP). Objektif utama soal selidik ini adalah untuk mengukur tahap kepuasan pengguna terhadap pengalaman semasa melakukan proses pendaftaran akaun di portal CRP dan mendapatkan maklum balas pengguna bagi penambahbaikan portal CRP. Pemberitahuan mengenai soal selidik ini telah disiarkan di laman sesawang dan platform media sosial MCMC.

CRP berfungsi sebagai paltform bagi pengguna menyelesaikan pertikaian aduan yang telah disalurkan kepada penyedia perkhidmatan, yang dianggap tidak diselesaikan dengan wajar. Penilaian semula aduan bertujuan untuk mencapai penyelesaian di peringkat forum industri dan MCMC, serta semakan pematuhan penyedia perkhidmatan terhadap peraturan kawal selia yang terpakai.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan