KESUMA Bekerjasama Dengan Kementerian Pendidikan Untuk Menarik Minat Dan Meningkatkan Penyertaan Pelajar Dalam Pendidikan STEM

09/09/2024 04:53 PM

NIBONG TEBAL, 9 Sept (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi dan badan pemikir strategik di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), giat melaksanakan inisiatif YES! Rock the School dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Selepas kejayaan di Kedah, Pahang, dan Johor, program ini kini diperluaskan ke Pulau Pinang melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan industri dan menyemarakkan minat pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ia turut melengkapkan pelajar dengan wawasan serta pengetahuan semasa industri, selaras dengan visi Pulau Pinang untuk memupuk bakat sedia masa depan dalam sektor berteknologi tinggi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan