Indeks Komprehensif Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia 2024 Dikeluarkan – Satu Penanda Aras Baharu bagi Inovasi, Penyepaduan dan Pembangunan untuk Pelabuhan Global dan Industri Perkapalan

11/09/2024 04:55 PM

QINGDAO, China, 11 Sept (Bernama) -- Persidangan Penggalakan mengenai Membina Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia dan Koridor Logistik Antarabangsa telah diadakan di Qingdao pada 27 Ogos, 2024, di mana Indeks Komprehensif Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia 2024 telah dikeluarkan.

Menurut Laporan Indeks Pembangunan Kluster Pelabuhan Marin Bertaraf Dunia yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China, kluster-kluster pelabuhan China telah muncul sebagai peneraju di dalam industri global itu. Berdasarkan kepada petunjuk komprehensif, Kluster Pelabuhan Pusat bagi Delta Sungai Yangtze, Kluster Pelabuhan bagi Wilayah Shandong, Kluster Pelabuhan Selatan bagi Delta Sungai Yangtze dan Kluster Pelabuhan bagi Delta Sungai Mutiara telah bergabung dengan Kluster Pelabuhan Teluk Tokyo di Jepun dan Kluster Pelabuhan New York-New Jersey di Amerika Syarikat, yang disenaraikan di antara kluster pelabuhan marin bertaraf dunia peringkat teratas. Dengan operasi yang cekap, infrastruktur termaju dan keupayaan perkhidmatan yang bersepadu, kluster pelabuhan China telah menjadi rangkaian penting yang paling sistematik di dunia bagi pelabuhan berkait, yang meningkatkan daya saing antarabangsa mereka.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan