Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 Dan Pelancaran Senam Seni 2.0 Memeriahkan Dataran Merdeka

17/09/2024 05:05 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 bermula 13 hingga 16 September 2024 (Jumaat-Isnin) bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 telah diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) jam 8.30 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 atau ringkasnya FPM@KL 2024 merupakan acara dibawah Kalendar Pelancongan Budaya yang diadakan setiap tahun bagi mengenengahkan keunikan seni budaya negeri.

Seramai 2378 peserta terdiri daripada badan beruniform, sektor korporat dan terbaharu institusi pengajian tinggi terlibat di dalam pertandingan permainan tradisional sempena FPM@KL 2024. Program yang telah memasuki sembilan (9) tahun penganjuran dan berkonsepkan festival yang merangkumi pelbagai aktiviti dan pengisian seperti pertandingan permainan tradisional, permainan interaktif, pameran dan demonstrasi, persembahan serta jualan dan banyak lagi.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan