Medidata Melanjutkan Komitmen Terhadap Pengalaman Pesakit dengan Pelancaran Pembayaran Pesakit

26/09/2024 03:02 PM

NEW YORK, 26 Sept (Bernama) -- Medidata, sebuah jenama Dassault Systèmes dan penyedia terkemuka penyelesaian ujian klinikal kepada industri sains hayat, hari ini mengumumkan pelancaran kemudahan Pembayaran Pesakit Medidata, satu penyelesaian baharu yang memudahkan pembayaran berkaitan ujian dan bayaran balik kepada pesakit yang mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal. Tawaran ini mengautomasikan kitaran pembayaran dan menangani cabaran lama dalam memberi pampasan kepada peserta atas masa, usaha dan perbelanjaan berkaitan kajian mereka, sambil mengatasi kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ketoksikan kewangan dalam penglibatan ujian klinikal.

Kemudahan Pembayaran Pesakit Medidata ini bakal menyediakan pengalaman bayaran balik yang intuitif untuk pesakit, membolehkan mereka dengan cepat mengemukakan permintaan untuk pelbagai perbelanjaan, termasuk perjalanan, makanan, penginapan, gaji yang hilang, penjagaan anak dan jarak perjalanan. Memanfaatkan kuasa Platform Medidata, bayaran pampasan akan dicetuskan secara automatik oleh aktiviti kajian, seperti melengkapkan diari atau penilaian, yang menawarkan kefleksibelan dan kemudahan. Pendekatan bersepadu ini menyediakan proses yang lancar, menyokong pelaksanaan yang pantas dan menyesuaikan dengan keutamaan kedua-dua pesakit dan lokasi kajian.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan