CIMB Islamic agih barangan makanan bernilai RM100,000 kepada 400 keluarga asnaf di PPR Bukit Jalil

08/10/2024 04:02 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic” atau “Bank”) dengan kerjasama Yayasan Belia Malaysia (“YBM”) mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa komuniti asnaf dengan melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan CIMB Islamic. Inisiatif libat urus komuniti berterusan berkenaan bermatlamat untuk mengurangkan beban kewangan keluarga asnaf menerusi agihan bakul makanan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, CIMB Islamic, melalui Zakat Wakalahnya, mengagihkan barang makanan bernilai RM100,000 kepada 400 keluarga asnaf terpilih di Projek Perumahan Rakyat (“PPR”) Bukit Jalil. 

Hadir di majlis berkenaan, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi YBM, Rozaidi Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Muslim Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta sukarelawan daripada CIMB yang telah mengagihkan bakul-bakul makanan yang mengandungi beras, tepung dan minyak masak, termasuk makanan ruji lain kepada penerima manfaat untuk keperluan nutrisi mereka.   

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan