KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara IKIM dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Islamic Banking And Finance Institute Malaysia (IBFIM). Majlis bersejarah ini berlangsung di IKIM, Kuala Lumpur bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pendidikan, latihan dan pembangunan kefahaman Islam.
Memorandum Persefahaman yang dimeterai ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang, termasuk penyelidikan ilmiah, pembangunan pendidikan Islam, kewangan Islam, serta program latihan yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang prinsip-prinsip Islam yang relevan dalam konteks moden.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial