Tourism Malaysia Dan AEON Bekerjasama Dalam Kolaborasi Strategik Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026

23/01/2026 04:45 PM

SHAH ALAM, 23 Jan (Bernama) -- Tourism Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi strategik bersama AEON CO. (M) BHD. (AEON), bagi menyokong pelaksanaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Kerjasama ini bertujuan mempergiat usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, beli-belah dan gaya hidup yang dinamik melalui pelbagai aktiviti promosi serta tawaran eksklusif kepada pelawat domestik dan antarabangsa di pusat beli-belah terpilih di seluruh negara.

Kolaborasi ini turut melibatkan pelbagai penggiat industri termasuk hotel, ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan pusat beli-belah lain bagi memperluas jangkauan promosi kempen VM2026. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja, akan ditampilkan sebagai elemen hiasan di rangkaian pusat beli-belah AEON di seluruh negara. Selain itu, video promosi destinasi pelancongan Malaysia akan ditayangkan menerusi skrin LED bagi menonjolkan keunikan serta kepelbagaian produk pelancongan negara sempena VM2026.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan