SAN FRANCISCO dan RICHARDSON, Texas, 26 Feb (Bernama) -- TextNow, penyedia perkhidmatan tanpa wayar percuma di Amerika Syarikat yang disokong iklan, dan Mavenir, penyedia teknologi telekomunikasi cloud-native yang inovatif, hari ini mengumumkan integrasi cloud-native mobile BSS dan Core Mavenir ke dalam infrastruktur mobile virtual network operator (MVNO) milik TextNow.
Penyelesaian platform BSS dan Core berasaskan cloud-native daripada Mavenir direka khusus untuk membantu TextNow mempercepatkan proses pendaftaran pengguna baharu. Ia juga membolehkan pelancaran lapisan perkhidmatan yang dibezakan serta mengembangkan model tanpa wayar percuma, bagi menjangkau lebih ramai rakyat Amerika yang mahukan perkhidmatan berkualiti tanpa perlu membayar berlebihan. Selaras dengan fokus TextNow terhadap inovasi, integrasi Mavenir ini menyediakan pelbagai ciri untuk menyokong lebih 8 juta pengguna aktif TextNow, termasuk keupayaan mengurus rakan penaja, membangunkan hubungan perayauan dan menyediakan profil SIM bebas kepada pengguna.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial