BONN, Jerman, 26 Feb (Bernama) -- Mavenir, syarikat perisian yang membangunkan rangkaian mudah alih berasaskan AI-by-design, hari ini mengesahkan peranannya dalam dua projek strategik Deutsche Telekom AG yang bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dalam Rangkaian Teras 5G.
Pertama, sebagai sebahagian daripada kerjasama berbilang tahun dengan Deutsche Telekom, perisian Rangkaian Teras 5G berasaskan awan natif milik Mavenir serta keupayaan automasi peka tenaga telah memainkan peranan penting dalam mencapai penjimatan tenaga sehingga 65% melalui pengesahan rangkaian secara langsung. Pencapaian ini menetapkan penanda aras baharu bagi operasi Rangkaian Teras 5G yang mampan dan berprestasi tinggi di Eropah. Dengan sokongan Mavenir dengan ciri perisian 5G yang digunakan buat pertama kali, Teras paling cekap tenaga ini menggunakan penskalaan dinamik perisian dan perkakasan untuk mengurangkan penggunaan tenaga serta pelepasan CO₂. Ia berusaha untuk mencapai teras “zero bit & zero watt”, satu aspirasi yang menekankan kecekapan tenaga maksimum dalam operasi rangkaian. Pendekatan ini berasaskan inovasi Kecekapan Tenaga Tindanan Penuh, yang dibangunkan oleh Deutsche Telekom bersama rakan kongsi.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial