KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sebagai tindak balas terhadap cabaran tenaga global yang semakin meningkat, krisis bekalan bahan api fosil yang berterusan, permintaan elektrik yang kian meningkat, serta keperluan mendesak terhadap penyelesaian mampan berasaskan tenaga boleh diperbaharui, NMB (NanoMalaysia Berhad), sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sedang memajukan rangkaian inovasi tenaga bersih bagi mengukuhkan keselamatan tenaga Malaysia ke arah daya tahan yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan ke pelepasan karbon rendah untuk masa hadapan.
Melalui program strategik, kerjasama dan model pelaburan bina teroka, NMB telah menerajui pembangunan teknologi hijau berpaksikan pasaran serta memacu pelaksanaan dalam persekitaran sebenar dalam bidang penghasilan hidrogen, sistem penyimpanan tenaga, teknologi cekap tenaga dan teknologi berkaitan kenderaan elektrik (EV). Inisiatif-inisiatif ini merangkumi sistem penghasilan hidrogen luar grid HyPEReactor untuk aplikasi mobiliti dan statik, Stesen Pengisian Semula Hidrogen Mudah Alih (MHRS) pertama di Semenanjung Malaysia bagi menggalakkan penggunaan bahan api bersih dalam sektor pengangkutan awam, teknologi bateri ion natrium yang dipertingkatkan dengan graphene bagi mengurangkan kebergantungan terhadap rantaian bekalan litium, serta stesen pengecasan EV berkuasa solar sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada stesen jana kuasa arang batu. Secara kolektif, teknologi-teknologi ini membentuk satu pakej penyelesaian yang direka untuk meningkatkan keselamatan tenaga, mengurangkan pelepasan berbahaya dan kebergantungan terhadap bahan api fosil, serta membolehkan peningkatan skala melalui pelaksanaan dunia nyata dan dagangan berasaskan kerjasama industri.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial