RENCANA

COVID-19: SINAR DI LEMBAH KLANG, KES SEMBUH MENGATASI KES HARIAN BAHARU

10/09/2021 01:19 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Sept hingga pukul 12:00tgh 10 Sept 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.9 juta kes. Di peringkat global, lebih 224 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.6 juta. Lebih 200 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setelah sekian lama mendominasi kedudukan teratas senarai kes harian baharu COVID-19, Lembah Klang semakin menunjukkan penurunan kes sehingga membolehkan beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai hari ini.

Paling ketara ialah negeri Selangor Darul Ehsan yang sekian lama menduduki tempat teratas dengan angka kes memuncak sehingga di atas 8,000 kes pada awal Ogos 2021.

Begitu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang sebelum ini di tempat ke dua teratas dengan kes empat angka kini menurun kepada tiga angka.

Setakat semalam, Selangor mencatat sebanyak 2,700 kes iaitu di tempat kedua selepas Sarawak (Bumi Kenyalang) yang melaporkan sebanyak 3,118 kes. Untuk rekod, Bumi Kenyalang mula mengatasi Selangor dari jumlah kes harian baharu sejak 6 September (3,714 kes) diikuti pada 7 September (3,200 kes) dan 8 September (3,100 kes).


Orang awam melakukan aktiviti riadah di tempat awam pada pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Dua di Tapak Tasik Taman Indah Tanjung Rambutan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

WP Kuala Lumpur yang mencatat kes tiga angka sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (4 Sept hingga 9 Sept 2021) di tangga 11 dengan 513 kes.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon mengumumkan pada Rabu (8 September), kerajaan bersetuju membenarkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain Selangor dan WPKL, keputusan ini juga membabitkan Wilayah Persekutuan Putrajaya (WP Putrajaya) yang semalam mencatat sebanyak 28 kes.

 


Laman web rasmi kerajaan Malaysia untuk data dan analisa tentang COVID-19. covidnow.moh.gov.my

Sementara itu, sehingga pukul 12 tengah hari Khamis 9 September 2021, Malaysia melaporkan sebanyak 19,307 lagi kes baharu COVID-19, menjadikan kumulatif kes sebanyak 1,919,774. Kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 242,802 kes.

Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh mengatasi kes harian baharu sejak awal bulan September ini dan semalam sebanyak 24,855 kes sembuh dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 1,657,486 kes (86.3 peratus).

Rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

4 Sept (19,057 kes); 5 Sept ( 20,396 kes), 6 Sept ( 17,352 kes), 7 Sept (18,547 kes), 8 Sept (19,733 kes) dan 9 Sept (19,307 kes).

Sebanyak 323 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 19,486 kes (1.0 peratus).

Sebanyak 967 kes pesakit COVID-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 464 kes daripadanya prosedur intubasi/bantuan pernafasan.

 


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berbincang bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum sidang media di Kementerian Kesihatan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam, daripada 19,307 kes harian baharu semalam, sebanyak 302 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 19,005 kes lagi (98.4 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) COVID-19 dalam negara juga dilaporkan menurun di bawah kadar 1.0, pertama kali sejak 27 Jun 2021 (0.99).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

4 Sept (0.95), 5 Sept (0.96), 6 Sept (0.96), 7 Sept (0.96), 8 Sept (0.97) dan 9 Sept (0.97).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 9 Sept adalah Sarawak 1.15.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA


Seorang calon pusat latihan mematuhi prosedur operasi standard ()SOP semasa membuat latihan memandu ketika tinjauan hari pertama pengoperasian Industri Latihan Pemanduan Kenderaan Motor di Seksyen 25 Shah Alam. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sehingga semalam  (9 September), Malaysia mempunyai sebanyak 1,450 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,022 kluster di kesan di negara ini dan 3,572 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 184 kluster baharu dan  yang terbanyak, kluster tempat kerja, 107 kluster (58.1 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 57 kluster (31.0 peratus).

Sebanyak negeri mencatat kes harian baharu empat angka, enam negeri tiga angka dan dua negeri mencatat dua angka.

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Sarawak 3,118 kes, Selangor 2,700 kes, Sabah 2,298 kes, Pulau Pinang 2,243 kes, Johor 2,032 kes, Kelantan 1,438 kes, Kedah 1,355 kes dan Perak 1,341 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka - Terengganu 910 kes, Pahang 661 kes, WP Kuala Lumpur 513 kes, Melaka 340 kes, Negeri Sembilan 207 kes dan Perlis 108 kes.

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 28 kes dan WP Labuan 15 kes.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (4 Sept -9 Sept 2021)


Seorang pekerja melakukan sanitasi pada kenderaan 'Go-Kart' menjelang pembukaan semula operasi pusat sukan dan rekreasi tersebut ketika tinjauan di Traxion Karting, X Park Sunway Serene. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Rekod kes sembuh:-

4 Sept ( 21,582 kes), 5 Sept ( 20,573 kes), 6 Sept (20,201 kes), 7 Sept (18,902 kes), 8 Sept ( 22,701   kes) dan 9 Sept ( 24,855 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 9 Sept 2021 sebanyak  1,657,486 kes (86.3 peratus).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

4 Sept - Kes baharu 19,057 kes (1,824,439 kes kumulatif); Kes import : 10 kes (4 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,047 kes [16,784 warganegara (88.1%);  2,263 bukan warganegara (11.9%)];

5 SeptKes baharu20,396 kes (1,844,835 kes kumulatif); Kes import : 8 kes (6 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 20,388 kes [17,858 warganegara (87.6%);  2,530 bukan warganegara (12.4%)];

6 SeptKes baharu17,352 kes (1,862,187 kes kumulatif); Kes import : 8 kes (5 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 17,344 kes [15,122 warganegara (87.2%);  2,222 bukan warganegara (12.8%)];

7 Sept - Kes baharu : 18,547 kes (1,880,734 kes kumulatif); Kes import : 18 kes (7 warganegara; 11 bukan warganegara); Kes tempatan : 18,529 kes [16,264 warganegara (87.8%);  2,265 bukan warganegara (12.2%)];

8 Sept Kes baharu19,733 kes (1,900,467 kes kumulatif); Kes import : 3 kes (2 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,730 kes [17,286 warganegara (87.6%);  2,444 bukan warganegara (12.4%)];

9 Sept- Kes baharu : 19,307 kes (1,919,774 kes kumulatif); • Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara); • Kes tempatan : 19,301 kes [17,125 warganegara (88.7%); 2,176 bukan warganegara (11.3%)].

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

4 Sept - Kes kematian : 362 kes [17,883 kes kumulatif, 0.98%; 304 warganegara, 58 bukan warganegara; 104 kes BID (69 warganegara; 35 bukan warganegara)];

5 Sept - Kes kematian : 336 kes [18,219 kes kumulatif, 0.99%; 274 warganegara, 62 bukan warganegara; 107 kes BID (67 warganegara; 40 bukan warganegara)];

6 Sept - Kes kematian : 272 kes [18,491 kes kumulatif, 0.99%; 227 warganegara, 45 bukan warganegara; 81 kes BID (56 warganegara; 25 bukan warganegara)];

7 Sept - Kes kematian : 311 kes [18,802 kes kumulatif, 1.0%; 270 warganegara, 41 bukan warganegara; 93 kes BID (68 warganegara; 25 bukan warganegara)];

8 Sept Kes kematian361 kes [19,163 kes kumulatif, 1.0%; 301 warganegara, 60 bukan warganegara; 102 kes BID (71 warganegara; 31 bukan warganegara)];

9 Sept - Kes kematian : 323 kes [19,486 kes kumulatif, 1.0%; 287 warganegara, 36 bukan warganegara; 55 kes BID (36 warganegara; 19 bukan warganegara)].

*kes kumulatif kematian setakat 9 Sept 2021 = 19,486 kes (1.0 peratus).

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

4 Sept - Kluster baharu 16 (kluster tempat kerja 12, kluster komuniti 3 dan kluster pendidikan 1);

5 Sept - Kluster baharu 37 (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 12, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pusat tahanan 1); 

6 Sept - Kluster baharu 30 (kluster tempat kerja 16, kluster komuniti 7, kluster kumpulan berisiko tinggi 4, kluster pendidikan 2 dan kluster pusat tahanan 1);

7 Sept - Kluster baharu 39 (kluster tempat kerja 23, kluster komuniti 13, kluster kumpulan berisiko tinggi 1, kluster pendidikan 1 dan kluster pusat tahanan 1); 

8 Sept - Kluster baharu 35 (kluster tempat kerja 20, kluster komuniti 11, kluster kumpulan berisiko tinggi 1 dan kluster pendidikan 2);

9 Sept - Kluster baharu 27 (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 11 dan kluster pendidikan 1).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 224,000,332 kes (Rangkuman minggu lalu 220,141,079 kes ) dengan 4,620,007 kematian (minggu lalu 4,560,606 kematian.  Kes pesakit sembuh  200,588,779 kes (minggu lalu 196,817,189).  

Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, United Kingdom, Perancis, Turki, Argentina, Iran dan Colombia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

 

Amerika Syarikat 41,561,156 (674,547 kematian);

India 33,163,004 kes (442,046 kematian);

Brazil 20,958,899 kes (585,205 kematian);

Rusia 7,084,284 kes (190,376 kematian);

United Kingdom 7,132,072 kes (133,841 kematian);

Perancis 6,877,825 kes (115,362 kematian);

Turki 6,590,414 kes (59,170 kematian);

Iran 5,237,799 kes (112,935 kematian);

Argentina 5,218,993 kes (113,099 kematian);

Colombia 4,925,000  kes (125,480 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 109 dengan 95,111 kes dan 4,636 kematian.

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 106 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 13 -  4,153,355 kes (138,116 kematian);

Filipina di tangga 19 - 2,161,892 kes (34,733 kematian); 

Thailand di tangga 29 - 1,338,550 kes (13,371 kematian);

Vietnam di tangga 49 - 576,096 kes (14,470 kematian)

Myanmar di tangga 62 - 425,414 kes (16,285 kematian);

Kampuchea di tangga 108 - 97,524 kes (2,007 kematian);

Singapura di tangga 116 - 70,039 kes (57 kematian);

Laos di tangga 151 - 16,742 kes ( 16 kematian); 

Brunei di tangga 186 - 3,831 kes (17 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.  

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2). 

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

BERNAMA  

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan