RENCANA

COVID-19: LEMBAH KLANG BANGKIT DENGAN PENURUNAN KES

11/09/2021 07:06 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Sept hingga pukul 8:30 malam 10 Sept 2021.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.9 juta kes. Di peringkat global, lebih 224 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.6 juta. Lebih 200 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Setelah sekian lama mendominasi kedudukan teratas senarai kes harian baharu COVID-19, Lembah Klang mula bangkit dengan penurunan kes sehingga membolehkan beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa hari ini.

Paling ketara ialah negeri Selangor Darul Ehsan yang sekian lama menduduki tempat teratas dengan angka kes memuncak melebihi 8,000 kes pada awal Ogos 2021.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang sebelum ini di tempat kedua teratas dengan kes empat angka turut menunjukkan kes harian baharu yang semakin berkurangan, kepada tiga angka.

Hari ini, Selangor mencatat sebanyak 3,595 kes iaitu di tempat kedua selepas Sarawak (Bumi Kenyalang) yang melaporkan sebanyak 3,734 kes. Untuk rekod, Bumi Kenyalang mula mengatasi Selangor dari jumlah kes harian baharu sejak 6 September (3,714 kes) diikuti pada 7 September (3,200 kes), 8 September (3,100 kes) dan 9 September (3,118 kes).

WP Kuala Lumpur yang mencatat kes tiga angka sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (4 Sept hingga 9 Sept 2021) hari ini di tangga 12 dengan 467 kes.

 


Sekumpulan anak muda yang juga penduduk kampung bermain bola sepak selepas aktiviti sukan tersebut dibenarkan dalam Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Dua di negeri Selangor. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pada Rabu (8 September), kerajaan bersetuju membenarkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 PPN berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain Selangor dan WPKL, keputusan berkenaan juga membabitkan Wilayah Persekutuan Putrajaya (WP Putrajaya) yang hari ini mencatat sebanyak 21 kes.

Sementara itu, sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 10 September 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 21,176 lagi kes baharu COVID-19, menjadikan kumulatif kes sebanyak 1,940,950. Kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 242,161 kes.

Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh mengatasi kes harian baharu sejak awal bulan September ini dan hari ini hari ini, sekali lagi angka kes sembuh (21,476 kes) mengatasi angka kes harian baharu (21,176 kes).

Rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

4 Sept (19,057 kes); 5 Sept (20,396 kes), 6 Sept (17,352 kes), 7 Sept (18,547 kes), 8 Sept (19,733 kes), 9 Sept (19,307 kes) dan 10 Sept (21,176 kes).

Angka kes kematian bagaimanapun masih tinggi dan hari ini sebanyak 341 lagi kes kematian dilaporkan, menjadikan kes kumulatif kematian meningkat kepada 19,827 kes (1.0 peratus).

Sebanyak 935 kes pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 455 kes daripadanya memerlukan prosedur intubasi/bantuan pernafasan.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 21,176 kes harian baharu, sebanyak 338 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 20,838 kes lagi (98.4 peratus) tergolong dalam kategori 1 dan 2.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Dr Noor Hisham turut melaporkan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,324 kes.

Daripada jumlah itu, 1,304 kes adalah VOC (1,081 kes daripadanya adalah varian Delta) manakala 20 kes adalah VOI.

 


Sarawak melaksanakan vaksinasi COVID-19 untuk golongan remaja berusia 16 dan 17 tahun dengan sasaran melengkapkan dos vaksin bagi golongan itu sebelum 3 Oktober, iaitu tarikh sesi persekolahan dimulakan. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) COVID-19 dalam negara juga dilaporkan menurun di bawah kadar 1.0, pertama kali sejak 27 Jun 2021 (0.99).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

4 Sept (0.95), 5 Sept (0.96), 6 Sept (0.96), 7 Sept (0.96), 8 Sept (0.97), 9 Sept (0.97) dan 10 Sept (0.99).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 9 Sept adalah Sarawak 1.15, Terengganu 1.10 dan Perlis 1.06.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Sehingga hari ini (10 September), Malaysia mempunyai sebanyak 37 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 5,059 kluster di kesan di negara ini dan 3,604 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 221 kluster baharu dan yang terbanyak, kluster tempat kerja, 137 kluster (62.0 peratus) dan kluster komuniti sebanyak 62 kluster (28.1 peratus).

Sementara itu, daripada 21,176 kes harian baharu, sebanyak lapan (8) negeri mencatat kes harian baharu empat angka, lima (5) negeri tiga angka, dua (2) negeri mencatat dua angka dan sebuah negeri dengan satu angka.

 

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka - Sarawak 3,734 kes, Selangor 3,595 kes, Johor 2,297 kes, Sabah 2,246 kes, Pulau Pinang 1,939 kes, Kedah 1,808 kes, Perak 1,366 kes dan Kelantan 1,254 kes.

Kes harian baharu tiga angka - Pahang 853 kes, Terengganu 776 kes, Melaka 485 kes, WP Kuala Lumpur 467 kes dan Negeri Sembilan 252 kes.

Kes harian baharu dua angka - Perlis 77 kes dan WP Putrajaya 21 kes.

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 6 kes.

 

SENARIO WABAK COVID-19 DI MALAYSIA (4 Sept -10 Sept 2021)


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rekod kes sembuh:-

4 Sept (21,582 kes), 5 Sept (20,573 kes), 6 Sept (20,201 kes), 7 Sept (18,902 kes), 8 Sept (22,701 kes), 9 Sept (24,855 kes) dan 10 Sept (21,476 kes).

 

* kes kumulatif sembuh sehingga 9 Sept 2021 sebanyak 1,657,486 kes (86.3 peratus).

 


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (4 - 10 September 2021). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

4 Sept - Kes baharu : 19,057 kes (1,824,439 kes kumulatif); Kes import : 10 kes (4 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,047 kes [16,784 warganegara (88.1%); 2,263 bukan warganegara (11.9%)];

5 Sept - Kes baharu : 20,396 kes (1,844,835 kes kumulatif); Kes import : 8 kes (6 warganegara; 2 bukan warganegara); Kes tempatan : 20,388 kes [17,858 warganegara (87.6%); 2,530 bukan warganegara (12.4%)];

6 Sept - Kes baharu : 17,352 kes (1,862,187 kes kumulatif); Kes import : 8 kes (5 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 17,344 kes [15,122 warganegara (87.2%); 2,222 bukan warganegara (12.8%)];

7 Sept - Kes baharu : 18,547 kes (1,880,734 kes kumulatif); Kes import : 18 kes (7 warganegara; 11 bukan warganegara); Kes tempatan : 18,529 kes [16,264 warganegara (87.8%); 2,265 bukan warganegara (12.2%)];

8 Sept - Kes baharu : 19,733 kes (1,900,467 kes kumulatif); Kes import : 3 kes (2 warganegara; 1 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,730 kes [17,286 warganegara (87.6%); 2,444 bukan warganegara (12.4%)];

9 Sept- Kes baharu : 19,307 kes (1,919,774 kes kumulatif); Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara); Kes tempatan : 19,301 kes [17,125 warganegara (88.7%); 2,176 bukan warganegara (11.3%)].

10 Sept - Kes baharu : 21,176 kes (1,940,950 kes kumulatif); Kes import : 4 kes (1 warganegara; 3 bukan warganegara); Kes tempatan : 21,172 kes [18,608 warganegara (87.9%); 2,564 bukan warganegara (12.1%)];

 

Rekod kes kematian:-


Waris mangsa COVID-19 dibenarkan menziarahi kubur keluarga atau saudara masing-masing sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Tanah Perkuburan Selat Klang. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

4 Sept - Kes kematian : 362 kes [17,883 kes kumulatif, 0.98%; 304 warganegara, 58 bukan warganegara; 104 kes BID (69 warganegara; 35 bukan warganegara)];

5 Sept - Kes kematian : 336 kes [18,219 kes kumulatif, 0.99%; 274 warganegara, 62 bukan warganegara; 107 kes BID (67 warganegara; 40 bukan warganegara)];

6 Sept - Kes kematian : 272 kes [18,491 kes kumulatif, 0.99%; 227 warganegara, 45 bukan warganegara; 81 kes BID (56 warganegara; 25 bukan warganegara)];

7 Sept - Kes kematian : 311 kes [18,802 kes kumulatif, 1.0%; 270 warganegara, 41 bukan warganegara; 93 kes BID (68 warganegara; 25 bukan warganegara)];

8 Sept - Kes kematian : 361 kes [19,163 kes kumulatif, 1.0%; 301 warganegara, 60 bukan warganegara; 102 kes BID (71 warganegara; 31 bukan warganegara)];

9 Sept - Kes kematian : 323 kes [19,486 kes kumulatif, 1.0%; 287 warganegara, 36 bukan warganegara; 55 kes BID (36 warganegara; 19 bukan warganegara)];

10 Sept - Kes kematian : 341 kes [19,827 kes kumulatif, 1.0%; 300 warganegara, 41 bukan warganegara; 102 kes BID (82 warganegara; 20 bukan warganegara)].

 

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

4 Sept - Kluster baharu 16 (kluster tempat kerja 12, kluster komuniti 3 dan kluster pendidikan 1);

5 Sept - Kluster baharu 37 (kluster tempat kerja 21, kluster komuniti 12, kluster kumpulan berisiko tinggi 3 dan kluster pusat tahanan 1);

6 Sept - Kluster baharu 30 (kluster tempat kerja 16, kluster komuniti 7, kluster kumpulan berisiko tinggi 4, kluster pendidikan 2 dan kluster pusat tahanan 1);

7 Sept - Kluster baharu 39 (kluster tempat kerja 23, kluster komuniti 13, kluster kumpulan berisiko tinggi 1, kluster pendidikan 1 dan kluster pusat tahanan 1);

8 Sept - Kluster baharu 35 (kluster tempat kerja 20, kluster komuniti 11, kluster kumpulan berisiko tinggi 2 dan kluster pendidikan 2);

9 Sept - Kluster baharu 27 (kluster tempat kerja 15, kluster komuniti 11 dan kluster pendidikan 1);

10 Sept - Kluster baharu 37 (kluster tempat kerja 30, kluster komuniti 5 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 2).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia dan ringkasan kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 224,163,986 kes (Rangkuman minggu lalu 220,141,079 kes) dengan 4,623,479 kematian (minggu lalu 4,560,606 kematian. Kes pesakit sembuh 200,774,214 kes (minggu lalu 196,817,189).

 Sebanyak 223 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Perancis, Turki, Iran, Argentina dan Colombia..

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 41,561,156 (674,547 kematian);

India 33,163,004 kes (442,046 kematian);

Brazil 20,958,899 kes (585,205 kematian);

United Kingdom 7,132,072 kes (133,841 kematian);

Rusia 7,102,625 kes (191,165 kematian);

Perancis 6,877,825 kes (115,362 kematian);

Turki 6,590,414 kes (59,170 kematian);

Iran 5,258,913 kes (113,380 kematian);

Argentina 5,218,993 kes (113,099 kematian);

Colombia 4,925,000 kes (125,480 kematian).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 109 dengan 95,128 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 106 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 13 - 4,158,731 kes (138,431 kematian);

Filipina di tangga 19 - 2,179,770 kes (34,899 kematian);

Thailand di tangga 29 - 1,352,953 kes (13,920 kematian);

Vietnam di tangga 49 - 576,096 kes (14,470 kematian)

Myanmar di tangga 62 - 425,414 kes (16,285 kematian);

Kampuchea di tangga 108 - 97,524 kes (2,007 kematian);

Singapura di tangga 116 - 70,039 kes (57 kematian);

Laos di tangga 151 - 16,936 kes (16 kematian);

Brunei di tangga 185 - 3,894 kes (18 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

 

BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan