RENCANA

COVID-19: LONJAKAN KLUSTER PENDIDIKAN, 62 KLUSTER DIKESAN DALAM TEMPOH SEMINGGU

22/01/2022 05:01 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Jan hingga pukul 11:59mlm 21 Jan 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.82 juta kes. Di peringkat global, lebih 346 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.6 juta. Lebih 276 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sekitar 70 peratus atau 62 kluster daripada 89 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari hingga 21 Januari 2022) melibatkan institusi pendidikan.

Rekod kluster pendidikan tertinggi dilaporkan pada 19 Januari lepas iaitu 16 kluster daripada 20 kluster baharu yang dikesan. Semalam (21 Januari), 11 daripada 12 kluster yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kluster pendidikan, iaitu masing-masing dua (2) di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Pahang, sementara satu(1) di Johor.

Sebelas kluster pendidikan turut dilaporkan pada 18 Januari dan 11 kluster pada 20 Januari lepas.

Antara negeri yang melaporkan kluster pendidikan ialah Melaka, melibatkan dua buah kolej vokasional iaitu Kolej Vokasional Melaka Tengah (76 kes) dan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar (11 kes).

Di Sabah, antara kluster pendidikan dikesan iaitu Kluster Jalan Kepayan Lama-Tambunan melibatkan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan dan setakat ini 36 kes positif COVID-19 dikesan. Satu lagi kluster pendidikan yang dilaporkan, Kluster Pandan-Pandan dengan 16 kes positif setakat ini, melibatkan sebuah madrasah di daerah Putatan.

Di Kedah, antara kluster pendidikan yang dilaporkan termasuk Kluster Dah Penyarum (115 kes) dan Kluster Dah Jalan Merbau (52 kes) sementara di Pulau Pinang, Kluster Jalan Sungai Nipah (83 kes).


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat di negeri ini bermula minggu ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, Malaysia mencatat sebanyak kes 489 kes import semalam iaitu 388 warganegara dan 101 bukan warganegara. Kes import tertinggi setakat ini dilaporkan pada 20 Januari sebanyak 522 kes, terdiri daripada 426 warganegara dan 96 bukan warganegara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WP KL) terus mencatat kes import tertinggi semalam sebanyak 190. Kes import tinggi yang lain untuk WP KL adalah pada 20 Januari sebanyak 274 kes, 16 Januari (145 kes), 18 Januari (135 kes) dan 19 Januari (136 kes).

Data kes import KKM untuk seluruh negara bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini adalah seperti berikut:-

15 Jan - 319 (216 warganegara; 103 bukan warganegara);

16 Jan - 263 (204 warganegara; 59 bukan warganegara);

17 Jan - 180 (114 warganegara; 66 bukan warganegara

18 Jan - 274 (187 warganegara; 87 bukan warganegara);

19 Jan - 239 (175 warganegara; 64 bukan warganegara);

20 Jan - 522 (426 warganegara; 96 bukan warganegara);

21 Jan - 489 (388 warganegara; 101 bukan warganegara).

 

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari hingga 21 Januari 2022), hanya sekali kes harian baharu berada di bawah tiga ribu kes iaitu pada 17 Januari iaitu sebanyak 2,342 kes dan angka kes semalam melepasi angka empat ribu. Kali terakhir Malaysia mencatat angka empat ribu ialah pada 18 Disember 2021 (4,083 kes).

Sehingga pukul 12:00 tengah hari 21 Januari 2022, KKM melaporkan sebanyak 4,046 lagi kes baharu COVID-19, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,824,973 kes.


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Data kes harian baharu KKM bagi tempoh Rangkuman Mingguan ini adalah seperti berikut:-

15 Jan (3,074), 16 Jan (3,010), 17 Jan (2,342), 18 Jan (3,245), 19 Jan (3,229), 20 Jan (3,764) dan 21 Jan (4,046).

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,824,973 kes, Malaysia kini di tangga 22 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Kanada (2,882,020 kes) dan Filipina (3,357,083 kes).

 

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, daripada 4,046 kes harian baharu, hanya 32 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 4,014 kes (99.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 2,804 lagi kes sembuh pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh kini sebanyak 2,750,261 kes (97.4 peratus).

Sementara itu, sebanyak 120 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai COVID-19 setakat 21 Januari dan hanya 49 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 15 - 20 JANUARI 2022. covid-19.moh.gov.my

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

15 Jan (0.99), 16 Jan (1.0), 17 Jan (0.98), 18 Jan (0.99), 19 Jan (1.0) dan 20 Jan (1.0).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 20 Jan 2022 ialah Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (1.13).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

PERKEMBANGAN KES OMICRON, VOC DAN VOI

Sementara itu, KKM melaporkan pada 18 Januari lepas, untuk tempoh 14 Januari hingga 18 Januari 2022, sebanyak 186 kes baharu varian dikesan dan kesemuanya adalah Varian yang Dibimbangi (Variant of Concern / VOC) iaitu varian Omicron (B.1.1.529)

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Varian yang Mempunyai Kepentingan (Variant of Interest / VOI) adalah sebanyak 6,432 kes.

Daripada jumlah 6,432 itu, sebanyak 6,412 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 5,726 kes varian Delta, 439 kes varian Omicron, 233 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

Kes VOI pula adalah 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa dan tiga (3) kes varian Eta.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Perincian kes harian baharu (4,046 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59mlm 21 Jan 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka - Johor 428 (+16), Kedah 273 (+42), Kelantan 336 (+20), Melaka 176 (+21), Negeri Sembilan 340, Pahang 216 (+10), Perak 112 (+54), Pulau Pinang 289 (+21), Sabah 175 (+1), Selangor 857 (+107) dan WP Kuala Lumpur 235 (+190).

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 50 (+2), WP Putrajaya 44 (+2), Sarawak 14 dan Perlis 11 (+3).

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 1.

 

Kes baharu, kes import, kes tempatan


Senario Mingguan Wabak COVID-19 di Malaysia (15 - 21 Januari 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

15 Jan - Kes baharu: 3,074 kes (2,805,337 kes kumulatif); Kes import: 319 kes (216 warganegara; 103 bukan warganegara); Kes tempatan: 2,755 kes [2,625 warganegara (95.3%); 130 bukan warganegara (4.7%)];

16 Jan - Kes baharu: 3,010 kes (2,808,347 kes kumulatif); Kes import: 263 kes (204 warganegara; 59 bukan warganegara); Kes tempatan: 2,747 kes [2,634 warganegara (95.9%); 113 bukan warganegara (4.1%)];

17 Jan - Kes baharu: 2,342 kes (2,810,689 kes kumulatif); Kes import: 180 kes (114 warganegara; 66 bukan warganegara); Kes tempatan: 2,162 kes [2,105 warganegara (97.4%); 57 bukan warganegara (2.6%)];

18 Jan - Kes baharu: 3,245 kes (2,813,934 kes kumulatif); Kes import: 274 kes (187 warganegara; 87 bukan warganegara); Kes tempatan: 2,971 kes [2,882 warganegara (97.0%); 89 bukan warganegara (3.0%)];

19 Jan - Kes baharu: 3,229 kes (2,817,163 kes kumulatif); Kes import: 239 kes (175 warganegara; 64 bukan warganegara); Kes tempatan: 2,990 kes [2,899 warganegara (97.0%); 91 bukan warganegara (3.0%)];

20 Jan - Kes baharu: 3,764 kes (2,820,927 kes kumulatif); Kes import: 522 kes (426 warganegara; 96 bukan warganegara); Kes tempatan: 3,242 kes [3,089 warganegara (95.3%); 153 bukan warganegara (4.7%)];

21 Jan - Kes baharu: 4,046 kes (2,824,973 kes kumulatif); Kes import: 489 kes (388 warganegara; 101 bukan warganegara); Kes tempatan: 3,557 kes [3,449 warganegara (97.0%); 108 bukan warganegara (3.0%)].

 

Sementara itu, setakat 21 Jan 2022, terdapat sebanyak 220 kluster aktif di Malaysia. Secara keseluruhan sebanyak 6,284 kluster dikesan dan 6,064 daripadanya, ditamatkan.

Berdasarkan data KKM dan COVIDNOW KKM, sebanyak 89 kluster baharu dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari - 21 Januari 2022) dan kluster terbanyak adalah kluster pendidikan iaitu62 kes (70.0 peratus) diikuti kluster tempat kerja sebanyak 16 kes (18.0 peratus).

Ini berbanding rekod 35 kluster baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama untuk tempoh 8 Januari hingga 14 Januari 2022) dan kluster terbanyak, tempat kerja, 11 (31.4 peratus) dan pendidikan, 8 (22.9 peratus).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

15 Jan (40,785), 16 Jan (41,199), 17 Jan (40,619), 18 Jan (40,761), 19 Jan (41,129), 20 Jan (41,617) dan 21 Jan (42,843).

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

*Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 3,074 kes harian yang dilaporkan pada 15 Jan 2022;

  • 30 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,044 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,010 kes harian yang dilaporkan pada 16 Jan 2022;

  • 28 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,982 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,342 kes harian yang dilaporkan pada 17 Jan 2022;

  • 34 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 2,308 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,245 kes harian yang dilaporkan pada 18 Jan 2022;

  • (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • (98.8 peratus) adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,229 kes harian yang dilaporkan pada 19 Jan 2022;

  • 38 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,191 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,764 kes harian yang dilaporkan pada 20 Jan 2022;

  • 47 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,717 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,046 kes harian yang dilaporkan pada 21 Jan 2022;

  • 32 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,014 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

15 Jan (2,828), 16 Jan (2,584), 17 Jan (TIADA MAKLUMAT), 18 Jan (3,093), 19 Jan (2,848), 20 Jan (3,254) dan 21 Jan (2,804).

* kes kumulatif sembuh sehingga 21 Jan 2022 sebanyak 2,750,261 kes (97.4 peratus).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

15 Jan - 19 (BID 6), 16 Jan - 12 (BID 0), 17 Jan - 16 (BID 2), 18 Jan - 9 (BID 0), 19 Jan - 13 (BID 3), 20 Jan - 22 (BID 5) dan 21 Jan - 16 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 21 Jan 2022, sebanyak 31,869 kes.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

*kluster import

15 Jan - 10 (komuniti 2, pendidikan 7 dan import 1);

16 Jan - 7 (tempat kerja 2, komuniti 1, pendidikan 2 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

17 Jan - 6 (tempat kerja 1, pendidikan 4 dan import 1);

18 Jan - 17 (tempat kerja 4, keagamaan 1, pendidikan 11 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

19 Jan - 20 (tempat kerja 4 dan pendidikan 16);

20 Jan - 18 (tempat kerja 4, pendidikan 12, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

21 Jan - 12 (tempat kerja 1 dan pendidikan 11).

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 346,345,562 (Rangkuman Minggu lalu 323,558,817 kes) dengan 5,601,667 kematian (Minggu lalu 5,545,398 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 276,478,029 kes berbanding 265,172,404 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Turki, Itali, Sepanyol dan Jerman.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 71,135,783 kes (+548,194);

India 38,901,485 kes (+335,458);

Brazil 23,751,782 kes (+162,861);

Perancis 16,001,498 kes (+ 400,861);

United Kingdom 15,709,059 kes (+95,787);

Rusia 10,987,774 kes (+49,513);

Turki 10,808,770 kes (+72,555);

Itali 9,597,362 kes (+179,106);

Sepanyol 8,975,458 kes (+141,095);

Jerman 8,535,962 kes (+138,634).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 118 dengan 105,484 kes (+73 kes harian baharu).

 

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Laos dan Kampuchea, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 16 - 4,280,248 kes (+2,604);

Filipina di tangga 20 - 3,357,083 kes (+32,744);

Malaysia di tangga 22 - 2,824,973 kes (+4,046);

Thailand di tangga 26 - 2,361,702 kes (+8,640);

Vietnam di tangga 30 - 2,110,737 kes (+15,935);

Myanmar di tangga 71 - 533,815 kes (+83);

Singapura di tangga 92 - 297,549 kes (TIADA MAKLUMAT);

Laos di tangga 111 - 128,924 kes (+676);

Kampuchea di tangga 114 - 120,956 kes (+42);

Brunei di tangga 169 - 15,986 kes (TIADA MAKLUMAT).

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

 

BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan