BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
RENCANA

COVID-19: Kes Harian Baharu Susut, Hanya Lima Kluster Masih Aktif

28/05/2022 05:39 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 21 Mei hingga pukul 11:59mlm 27 Mei 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.5 juta kes. Di peringkat global, lebih 530 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.3 juta kes. Lebih 501 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 227 buah negara dan wilayah. Negara terkini menyertai senarai ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DRPK).

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 dalam negara menyusut 3.8 peratus untuk tempoh seminggu (21 Mei hingga 27 Mei) kepada sebanyak 13,449.

Sepanjang seminggu ini juga, kes harian baharu masih di bawah 2,500 dan untuk Jumaat 27 Mei, kes harian baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 1,877.

Daripada jumlah 1,877 kes ini, Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 909 kes diikuti WP Kuala Lumpur 221 kes dan Negeri Sembilan 125 kes.

Untuk rekod, sebanyak 13,982 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh seminggu lepas, 14 Mei hingga 20 Mei.

Sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (21 Mei hingga 27 Mei 2022) ini juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya satu kluster iaitu kluster komuniti (Kluster Pulai Jaya) di Kinta, Perak dan sehingga 22 Mei 2022 sebanyak 27 kes positif COVID-19 dikesan.

Ini menjadikan sepanjang bulan Mei setakat ini (1 Mei hingga 27 Mei 2022), hanya terdapat dua (2) kluster baharu. Kluster yang dilaporkan sebelum ini pada 11 Mei melibatkan kluster pusat tahanan di Serian, Sarawak (Kluster Dti Semuja 4) dengan 14 kes dikesan setakat ini.

KKM mengesan sebanyak 7,012 kluster sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat semalam (27 Mei), hanya tinggal lima (5) kluster yang masih aktif.

Dengan 1,877 kes harian baharu, kes kumulatif COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,500,934

Untuk kes sembuh COVID-19, sebanyak 1,680 kes dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59 malam 27 Mei 2022 sebanyak 4,439,892

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (21 Mei hingga 27 Mei 2022):-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

21 Mei (2,021), 22 Mei (1,817), 23 Mei (1,544), 24 Mei (1,918), 25 Mei (2,430), 26 Mei (1,845) dan 27 Mei (1,877).

Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

Protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 pula dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

 


Sebahagian para peserta yang menyertai 'Putrajaya Bikeable City' mengayuh basikal sejauh 10 Kilometer (KM) di sepanjang persisiran tasik Putrajaya. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan sebanyak 4,500,934 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 227 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,011,433) dan Mexico (5,759,773).

Dalam kalangan 227 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) terus mencatat kes harian baharu tertinggi dan kini berada di tangga 37 dengan semalam mencatat sebanyak 100,470 kes, diikuti Amerika Syarikat 98,249 kes dan Taiwan 94,855 kes.

Dari segi angka kematian, Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dan setakat semalam sebanyak 1,031,218 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 27 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 24,234 kes (95.5 peratus) dikuarantin di rumah daripada 25,384 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 22 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,098 kes (4.3 peratus) di hospital; 12 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 18 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Rekod kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini adalah seperti berikut:-

*paras terendah 0.52 dicatat pada 6 Mei 2022.

*kembali melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada 11 Mei 2022.


Kadar Kebolehjangkitan Dalam Negara (Nilai R) pada 21 - 27 Mei 2022. covid-19.moh.gov.my

21 Mei (0.87), 22 Mei (0.87), 23 Mei (0.89), 24 Mei (0.95), 25 Mei (0.98), 26 Mei (0.96) dan 27 Mei (0.95).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 26 Mei 2022 ialah Sabah (1.05), Sarawak (0.940 dan Melaka (0.93).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes sembuh:-

21 Mei (3,162), 22 Mei (3,389), 23 Mei (2,905), 24 Mei (2,124), 25 Mei (2,192), 26 Mei (1,825) dan 27 Mei (1,680).

* kes kumulatif sembuh sehingga 27 Mei 2022 sebanyak 4,439,892.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

21 Mei (28,085), 22 Mei (26,511), 23 Mei (25,148), 24 Mei (24,940), 25 Mei (25,172), 26 Mei (25,189) dan 27 Mei (25,384).

 

Perincian kes harian baharu (1,877 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 27 Mei 2022

* (+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 125 (+0), Perak 120 (+1), Pulau Pinang 106 (+0), Selangor 909 (+0) dan WP Kuala Lumpur 219 (+2);

Kes harian baharu dua angka - Johor 43 (+1), Kedah 58 (+0), Kelantan 11 (+0), Melaka 62 (+0), Pahang 23 (+0), Sabah 76 (+0), Sarawak 46 (+0), Terengganu 10 (+0) dan WP Putrajaya 58 (+0);

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 4 (+0) dan Perlis 3 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

21 Mei - Kes baharu: 2,021; Kes kumulatif: 4,489,503; Kes import: 1.

22 Mei - Kes baharu: 1,817; Kes kumulatif: 4,491,320; Kes import: 3.

23 Mei - Kes baharu: 1,544; Kes kumulatif: 4,492,864; Kes import: 3.

24 Mei - Kes baharu: 1,918; Kes kumulatif: 4,494,782; Kes import: 22.

25 Mei - Kes baharu: 2,430; Kes kumulatif: 4,497,212; Kes import: 12.

26 Mei - Kes baharu: 1,845; Kes kumulatif: 4,499,057; Kes import: 9.

27 Mei - Kes baharu: 1,877; Kes kumulatif: 4,500,934; Kes import: 4.

 

Sementara itu, kluster aktif untuk seluruh negara menurun kepada hanya lima (5) setakat 26 Mei 2022 dan jumlah kluster yang dikesan sejak pandemik CVID-19 sebanyak 7,012 kluster dikesan.

Untuk tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya satu (1) kluster baharu dikesan dan KKM melaporkan Kluster Pulai Jaya dikesan di Kinta, Perak. Setakat 22 Mei 2022, sebanyak 24 kes positif dilaporkan.


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (14 - 27 Mei 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

21 Mei - Tiada kluster

22 Mei - 1 kluster (komuniti 1)

23 Mei - Tiada Kluster

24 Mei - Tiada kluster

25 Mei - Tiada Kluster

26 Mei - Tiada kluster

27 Mei - Tiada kluster

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

21 Mei - 3 (BID 0), 22 Mei - 2 (BID 1), 23 Mei - 2 (BID 0), 24 Mei - 2 (BID 0), 25 Mei - 6 (BID 0), 26 Mei - 3 (BID 0) dan 27 Mei - 2 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 27 Mei 2022, sebanyak 35,658 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 530,920,131 (Rangkuman Mingguan lepas sebanyak 526,446,054 kes) dengan 6,309,638 kematian (Minggu lepas 520,289,101 kes). Kes pesakit sembuh sebanyak 501,496,528 (Minggu lepas 496,175,540 kes).

Sebanyak 227 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki. Negara terkini menyertai senarai ini ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 85,699,847 (+98,249);

India 43,148,500 (+970);

Brazil 30,921,145 (+40,633);

Perancis 29,439,416 (+4,811);

Jerman 26,254,124 (+14,483);

United Kingdom 22,277,696 (+4,704);

Rusia 18,315,292 (+4,619);

Korea Selatan 18,315,292 (+4,619);

Itali 17,355,119 (+19,666) dan

Turki 15,068,017 (+940).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,715,247 (+1,239);

Indonesia di tangga 19 - 6,053,894 (+224);

Malaysia di tangga 23 - 4,500,934 (+1,877);

Thailand di tangga 24 - 4,434,511 (+4,837);

Filipina di tangga 32 - 3,689,865 (+209);

Singapura di tangga 53 - 1,290,046 (+3,830);

Myanmar di tangga 80 - 613,280 (+20);

Laos di tangga 111 - 209,922 (+34);

Brunei di tangga 122 - 147,667 (+174) dan

Kampuchea di tangga 124 - 136,262 (+tiada maklumat).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan