BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
RENCANA

Lebih 15,000 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Minggu Ini

25/06/2022 04:48 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Jun hingga pukul 11:59mlm 24 Jun 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.55 juta kes. Di peringkat global, lebih 548 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.34 juta kes. Lebih 523 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan kes kumulatif Malaysia meningkat kepada sebanyak 4,552,359.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hinggs 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Sebanyak 2,512 kes harian baharu dilaporkan semalam (24 Jun) berbanding 2,796 kes yang dilaporkan pada 23 Jun, iaitu angka yang tertinggi setakat ini untuk bulan Jun 2022.

Dengan 2,512 kes semalam, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 28,247 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pada 23 Jun, Malaysia berpotensi dilanda gelombang baharu COVID-19 lebih awal daripada yang dijangkakan berdasarkan peningkatan kes dalam negara dan di negara jiran Singapura.

Untuk perbandingan, Singapura melaporkan sebanyak 7,109 kes (21 Jun), 5,862 kes (22 Jun), 6,606 kes (23 Jun) dan 6,516 kes (24 Jun).


N. Elanghovan berdiri di 'puncak dunia' dan memecah rekod menjadi rakyat Malaysia yang tertua sebagai pendaki gunung Everest. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, daripada 2,512 kes baharu semalam, WP Kuala Lumpur menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 796 kes, diikuti Selangor 732 kes (termasuk 190 kes import), Pulau Pinang 176 kes, Sabah 170 kes, Negeri Sembilan 149 kes dan Perak 135 kes.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Johor 69 kes, Sarawak 55 kes, Melaka 54 kes, WP Putrajaya 51 kes, Pahang 38 kes, Kedah 37 kes, Terengganu 20 kes dan Kelantan 19 kes.

Negeri mencatat kes satu angka adalah Perlis 7 kes dan WP Labuan 4 kes.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (18 Jun hingga 24 Jun 2022):-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

18 Jun (2,127), 19 Jun (1,690), 20 Jun (2,093), 21 Jun (1,921), 22 Jun (2,425), 23 Jun (2,796) dan 24 Jun (2,512).

 

Rekod kes harian baharu COVID-19 (11 Jun hingga 16 Jun 2022):-

11 Jun (1,709), 12 Jun (1,571), 13 Jun (2,092), 14 Jun (1,922), 15 Jun (2,320), 16 Jun (2,033) dan 17 Jun (2,130).

 

Sebanyak 1,580 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 24 Jun 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,488,367.

Protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, KKM melaporkan tiga (3) kluster baharu pendidikan iaitu dua (2) pada 23 Jun di Selangor dan satu (1) pada 24 Jun di Batang Padang, Perak.

Kluster Jalan Beringin 2 (Hulu Selangor) setakat 23 Jun melibatkan 57 kes sementara sebanyak 51 kes dikesan bagi Kluster Km 5 Jalan Banting Dengkil (Kuala Langat, Klang, Gombak) setakat 22 Jun lepas.

Sementara Kluster Batu 3 Jalan Pahang 2 (Batang Padang, Perak) melibatkan 17 kes positif setakat 24 Jun.

Ini menjadikan jumlah kluster yang dikesan sepanjang bulan Jun setakat ini sebanyak lima (5) kluster dan kesemuanya kluster pendidikan.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,017 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 23 Jun, tujuh (7) kluster yang masih aktif.

 

Dengan sebanyak 4,552,359 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,696,580 kes dan Ukraine 5,015,994 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 108,190 diikuti oleh Amerika Syarikat 102,916 dan Perancis 79,262.

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,040,641 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 24 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 27,173 kes (96.2 peratus) dikuarantin di rumah daripada 28,247 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 14 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC);1,026 kes (3.6 peratus) di hospital; 13 kes (0,0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 21 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Kerjaya Belia Barisan Nasional (BN) di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur berlangsung selama tiga hari sehingga 26 Jun dijalankan sebagai usaha menurunkan kadar penganggguran dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

18 Jun (1,390), 19 Jun (2,108), 20 Jun (2,082), 21 Jun (1,716), 22 Jun (1,550), 23 Jun (2,503) dan 24 Jun (1,580).

* kes kumulatif sembuh sehingga 24 Jun 2022 sebanyak 4,488,367.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

18 Jun (26,362), 19 Jun (25,944), 20 Jun (25,952), 21 Jun (26,155), 22 Jun (27,026), 23 Jun (27,318) dan 24 Jun (28,247).

 

Perincian kes harian baharu (2,512 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 24 Jun 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 149 (+0), Perak 135 (+0), Pulau Pinang 176 (+0), Sabah 170 (+0), Selangor 542 (+190) dan WP Kuala Lumpur 796 (+0).

K​​​​es harian baharu dua angka - Johor 66 (+3), Kedah 37 (+0), Kelantan 19 (+0), Melaka 54 (+0), Pahang 37 (+1), Sarawak 55 (+0), Terengganu 20 (+0) dan WP Putrajaya 51 (+0).

Kes harian baharu satu angka - Perlis 7 (+0) dan WP Labuan 4 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

18 Jun - Kes baharu 2,127; Kes kumulatif 4,538,922; Kes import 0;

19 Jun - Kes baharu 1,690; Kes kumulatif 4,540,612; Kes import 10;

20 Jun - Kes baharu 2,093; Kes kumulatif 4,542,705; Kes import 1;

21 Jun - Kes baharu 1,921; Kes kumulatif 4,544,626; Kes import 114;

22 Jun - Kes baharu 2,425; Kes kumulatif 4,547,051; Kes import 8;

23 Jun - Kes baharu 2,796; Kes kumulatif 4,549,847; Kes import 209 dan

24 Jun - Kes baharu 2,512; Kes kumulatif 4,552,359; Kes import 194.

 

Untuk kuster baharu, KKM melaporkan tiga (3) kluster baharu pendidikan sepanjang tempoh Rangkuman ini iaitu dua (2) pada 23 Jun di Selangor dan satu (1) pada 24 Jun di Batang Padang, Perak.

Kluster Jalan Beringin 2 (Hulu Selangor) setakat 23 Jun melibatkan 57 kes sementara sebanyak 51 kes dikesan bagi Kluster Km 5 Jalan Banting Dengkil (Kuala Langat, Klang, Gombak) setakat 22 Jun lepas.

Sementara Kluster Batu 3 Jalan Pahang 2 (Batang Padang, Perak) melibatkan 17 kes positif setakat 24 Jun.

Dua kluster pendidikan lain yang dilaporkan oleh KKM sebelum ini untuk bulan Jun adalah Kluster Jalan Ipoh (Titiwangsa, Kepong) di WP Kuala Lumpur pada 2 Jun melibatkan 39 kes dan Kluster Hilir 3 (Kota Bharu, Kelantan) dilaporkan pada 8 Jun, melibatkan 38 kes.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,017 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (24 Jun), tujuh (7) kluster yang masih aktif.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (11 - 24 Jun 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

18 Jun - Tiada kluster;

19 Jun - Tiada kluter;

20 Jun - Tiada kluter;

21 Jun - Tiada kluster;

22 Jun - Tiada kluster;

23 Jun - 2 (pendidikan 2); dan

24 Jun - 1 (pendidikan 1).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

18 Jun - 1 (BID 0),19 Jun - 0 (BID 0), 20 Jun - 3 (BID 0), 21 Jun - 2 (BID 0), 22 Jun - 4 (BID 1), 23 Jun - 1 (BID 1) dan 24 Jun - 3 (BID2).

*Jumlah kes kematian sehingga 24 Jun 2022, sebanyak 35,745 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 548,226,324 (Rangkuman Minggu lalu 543,682,014) dengan 6,349,418 kematian (minggu lepas 6,339,468 kematian). Sebanyak 523,169,244 kes pesakit sembuh dilaporkan berbanding minggu lepas sebanyak 518,780,372 kes).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 88,708,703 (+102,916);

India 43,381,064 (+16,048);

Brazil 32,030,729 (+66,993);

Perancis 30,513,713 (+79,262);

Jerman 27,681,775 (+108,190);

United Kingdom 22,592,827(+16,473);

Rusia 18,412,805 (+3,154);

Korea Selatan 18,312,993 (+7,210);

Itali 18,128,044 (+55,829);

Turkiye 15,085,742 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,740,595 (+tiada maklumat);

Indonesia di tangga 19 - 6,076,894 (+2,069);

Malaysia di tangga 25 - 4,552,359 (+2,512);

Thailand di tangga 26 - 4,509,541 (+2,313);

Filipina di tangga 35 - 3,699,251 (+770);

Singapura di tangga 52 - 1,397,074 (+6,516);

Myanmar di tangga 82 - 613,538 (+6);

Laos di tangga 111 - 210,233 (+11);

Brunei di tangga 123 - 158,524 (+tiada maklumat) dan

Kampuchea di tangga 125 - 136,262 (+tiada maklumat).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

 

BERNAMA

 

 

 

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan