BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
RENCANA

Kes Harian Baharu COVID-19 Bertambah Lebih 16,000 Minggu Ini

02/07/2022 06:59 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 25 Jun hingga pukul 11:59mlm 1 Julai 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.56 juta kes. Di peringkat global, lebih 553 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.35 juta kes. Lebih 528 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 terus meningkat sepanjang minggu ini dengan 16,469 kes dilaporkan untuk tempoh 25 Jun hingga 1 Julai 2022, dan kes tertinggi pada 30 Jun iaitu 2,867 kes.

Semalam (1 Julai), kes harian baharu masih berada atas paras 2,500 iaitu 2,773, menjadikan kes aktif meningkat kepada 30,217 kes sementara kes kumulatif kini sebanyak 4,568,828.

Daripada 2,773 kes semalam, Selangor merekod kes tertinggi 884, diikuti WP Kuala Lumpur 793, Perak 209, Negeri Sembilan 155, Pulau Pinang 138, Sabah 135 dan Melaka 110.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu WP PUtrajaya 97, Pahang 60, Johor 60, Sarawak 47, Kedah 35, Kelantan 24 dan Terengganu 17.

Sementara Perlis mencatat lima (5) kes dan WP Labuan, empat (4) kes.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (25 Jun hingga 1 Julai 2022):-


Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

25 Jun (2,303), 26 Jun (2,003), 27 Jun (1,894), 28 Jun (2,025), 29 Jun (2,605), 30 Jun (2,867) dan 1 Julai (2,773).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (18 Jun hingga 24 Jun 2022):-

18 Jun (2,127), 19 Jun (1,690), 20 Jun (2,093), 21 Jun (1,921), 22 Jun (2,425), 23 Jun (2,796) dan 24 Jun (2,512).

Rakyat Malaysia sudah diingatkan bahawa negara ini berkemungkinan mengalami semula gelombang baharu COVID-19, seperti apa yang sedang berlaku di negara jiran, Singapura.

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

25 Jun (6,168), 26 Jun (5,116), 27 Jun (5,309), 28 Jun (11,504), 29 Jun (9,362), 30 Jun (9,505) dan 1 Julai (9,087).

 

Sebanyak 1,984 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 1 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,502,840.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, KKM melaporkan dua (2) kluster baharu iaitu kluster pendidikan (Kluster Seri Nanas), dikesan pada 30 Jun di Hilir Perak, Perak, melibatkan tujuh (7) kes setakat ini.

Satu lagi kluster, kumpulan berisiko tinggi (Kluster Jalan Camar) dilaporkan pada 25 Jun, melibatkan 20 kes, dikesan di Seremban, Negeri Sembilan.

Secara keseluruhannya, KKM setakat ini mengesan sebanyak 7,020 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 1 Julai, tujuh (7) kluster yang masih aktif.

 


Selepas dua tahun berdepan dengan pelbagai sekatan akibat COVID-19, pengusaha sektor pelancongan berasa lega dengan ketibaan kapal persiaran Royal Caribbean International dari Singapura yang singgah di Swettenham Pier, Pengkalan Weld, George Town. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan sebanyak 4,568,828 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,744,430 kes dan Ukraine 5,017,038 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis merekod kes harian tertinggi semalam, sebanyak 125,066 kes diikuti Amerika Syarikat 99,586 dan Itali 86,334.

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,043,168 kes.

Menurut laporan luar negara, Amerika Syarikat mungkin berdepan dengan strain baharu COVID-19 BA.5, yang disifatkan pakar sebagai “versi terburuk” strain COVID-19. Dilaporkan juga majoriti kes baharu COVID-19 di negara Uncle Sam itu berpunca daripada strain BA.4 dan BA.5 dan dijangkakan BA.5 akan menjadi dominan awal Julai ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pada Khamis lepas, jumlah kes harian baharu COVID-19 meningkat sebanyak 18 peratus, melibatkan lebih 4.1 juta kes di seluruh dunia.

Dalam taklimat media di Geneva, Switzerland, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, peningkatan kes harian baharu COVID-19 dikesan di 110 buah negara termasuk di Amerika, Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara, kebanyakannya berpunca daripada varian Omicron BA.4 dan BA.5.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 1 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 28,892 kes (95.6 peratus) dikuarantin di rumah daripada 30,217 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 26 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,252 kes (4.1 peratus) di hospital; 19 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 28 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Fasa peralihan ke endemik negara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadikan sasaran pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.5 hingga 6.5% pada tahun ini lebih realistik dan membolehkan ekonomi negara terus pulih dan berdaya saing terutama mereka menjalankan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

25 Jun (2,539), 26 Jun (1,861), 27 Jun (1,944), 28 Jun (2,367), 29 Jun (1,633), 30 Jun (2,145) dan 1 Julai (1,984).

* kes kumulatif sembuh sehingga 1 Julai 2022 sebanyak 4,502,840.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

25 Jun (28,010), 26 Jun (28,151), 27 Jun (28,093), 28 Jun (27,747), 29 Jun (28,714), 30 Jun (29,434) dan 1 Julai (30,217).

 

Perincian kes harian baharu (2,773 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 1 Julai  2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka - Selangor 884 (+0), WP Kuala Lumpur 793 (+0), Perak 208 (+1), Negeri Sembilan 155 (+0), Pulau Pinang 138 (+0), Sabah 134 (+1), dan Melaka 110 (+0).

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 97 (+0), Pahang 60 (+0), Johor 59 (+1), Sarawak 46 (+1), Kedah 35 (+0), Kelantan 24 (+0) dan Terengganu 17 (+0).

Kes harian baharu satu angka - Perlis 5 (+0) dan WP Labuan 4 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

25 Jun - Kes baharu 2,302; Kes kumulatif 4,554,661; Kes import 2;

26 Jun - Kes baharu 2,003; Kes kumulatif 4,556,664; Kes import 3;

27 Jun - Kes baharu 1,894; Kes kumulatif 4,558,558; Kes import 6;

28 Jun - Kes baharu 2,025; Kes kumulatif 4,560,583; Kes import 20;

29 Jun - Kes baharu 2,605; Kes kumulatif 4,563,188; Kes import 3;

30 Jun - Kes baharu 2,867; Kes kumulatif 4,566,055; Kes import 4;

1 Julai - Kes baharu 2,773; Kes kumulatif 4,568,828; Kes import 4.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,020 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (1 Julai), tujuh (7) kluster yang masih aktif.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-


Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (18 Jun - 1 Julai 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

25 Jun - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1);

Kluster Jalan Camar (Seremban, Negeri Sembilan - 20 kes.

26 Jun - Tiada kluter;

27 Jun - Tiada kluter;

28 Jun - Tiada kluster;

29 Jun - Tiada kluster;

30 Jun - 1 (pendidikan 1);

Kluster Seri Nanas (Hilir Perak, Perak) - 7 kes.

1 Julai - Tiada kluster.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

25 Jun - 0 (BID 0), 26 Jun - 1 (BID 0), 27 Jun - 8 (BID 1), 28 Jun - 4 (BID 1), 29 Jun - 5 (BID 1), 30 Jun - 2 (BID 0) dan 1 Julai - 6 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 1 Julai 2022, sebanyak 35,771 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 553,566,290 (Minggu lepas 548,226,324 kes) dengan 6,359,949 kematian (Minggu lepas 6,349,418 kematian). Sebanyak 528,344,169 kes sembuh dilaporkan berbanding sebanyak 523,169,244 pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

 

Amerika Syarikat 89,497,899 (+99,586);

India 43,488,519 (+17,237);

Brazil 32,434,200 (+75,749);

Perancis 31,208,925 (+125,066);

Jerman 28,293,960 (+tiada maklumat);

United Kingdom 22,741,065(+20,720);

Itali 18,610,011 (+86,334);

Rusia 18,433,394 (+3,155);

Korea Selatan 18,368,857 (+9,516);

Turkiye 15,123,331 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,747,397 (+927);

Indonesia di tangga 19 - 6,090,509 (+2,049);

Malaysia di tangga 25 - 4,568,828 (+2,773);

Thailand di tangga 26 - 4,525,269 (+2,354);

Filipina di tangga 36 - 3,705,649 (+1,243);

Singapura di tangga 52 - 1,453,155 (+9,087);

Myanmar di tangga 82 - 613,628 (+32);

Laos di tangga 111 - 210,297 (+5);

Brunei di tangga 123 - 163,900 (+845) dan

Kampuchea di tangga 125 - 136,282 (+3).

 

-------------------------------------------------------------------------

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA


 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan