RENCANA

COVID-19: KES HARIAN SUSUT, LIMA KLUSTER BAHARU DIKESAN

13/08/2022 04:48 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 6 Ogos hingga pukul 12:00tgh 12 Ogos 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.72 juta kes. Di peringkat global, lebih 593 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.44 juta kes. Lebih 565 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sejumlah 23,085 kes harian baharu direkod sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (6 Ogos-11 Ogos 2022), menurun sedikit berbanding 24,214 kes untuk tempoh yang sama (30 Julai-4 Ogos 2022).

Sepanjang tempoh Rangkuman ini, angka kes harian baharu berada di bawah paras 5,000 dengan yang tertinggi sebanyak 4,896 kes pada 10 Ogos 2022.

Semalam (11 Ogos) sebanyak 4,831 kes harian baharu dilaporkan termasuk enam (6) kes import. Terdapat 10 kes kematian pesakit COVID-19, menjadikan jumlah kematian untuk tempoh Rangkuman ini sebanyak 57 kes. Kumulatif kes kematian akibat COVID-19 setakat ini sebanyak 36,066 kes.


Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung selama 11 hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sehingga 14 Ogos. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59malam 11 Ogos 2022, daripada 4,831 kes, dua buah negeri mencatat kes empat angka iaitu Selangor (1,673) dan WP Kuala Lumpur (1,012).

Sembilan (9) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Sabah (360), Perak (356), Negeri Sembilan (316), Pulau Pinang (210), Melaka (155), Johor (144), WP Putrajaya (141), Kedah (124) dan Sarawak (115).

Kes dua angka dilaporkan di Pahang (79), Kelantan (75), Terengganu (46) dan WP Labuan (19). Perlis mencatat kes satu angka (6).

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 6 Ogos hingga 11 Ogos 2022:-

6 Ogos (4,684), 7 Ogos (2,728), 8 Ogos (2,863), 9 Ogos (3,083), 10 Ogos (4,896) dan 11 Ogos (4,831).

Kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 30 Julai hingga 5 Ogos 2022:-

30 Julai (4,271), 31 Julai (2,783), 1 Ogos (3,213), 2 Ogos (4,204), 3 Ogos (5,330), 4 Ogos (4,413) dan 5 Ogos (3,927).

Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

 6 Ogos (5,633), 7 Ogos (4,798), 8 Ogos (3,541), 9 Ogos (7,972), 10 Ogos (2,298) dan 11 Ogos (7,776).

 


Persembahan kebudayaan tradisional Sarawak sempena majlis penutupan Aspirasi Keluarga Malaysia di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 3,362 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 11 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,642,078 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan lima (5) kluster baharu iaitu satu (1) pada 6 Ogos (kumpulan berisiko tinggi-Perak), satu (1) pada 9 Ogos (pendidikan-Perak) dan tiga (3) pada 10 Ogos (kumpulan berisiko tinggi 1-Pulau Pinang, pendidikan 1-WPKuala Lumpur dan tempat kerja 1-WPKuala Lumpur).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,051 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 11 Ogos, 26 kluster masih aktif.

 

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 11 Ogos 2022 menunjukkan sebanyak 44,044 kes (96.4 peratus) dikuarantin di rumah daripada 46,081 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 33 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,584 kes (3.4 peratus) di hospital; 20 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 40 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 


Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib bersama penerjun negara, Gilbert gabriel daim membawa Jalur Gemilang bagi kontinjen Malaysia pada Majlis Penutupan Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Stadium Alexander. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dengan sebanyak 4,724,225 kumulatif kes, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes dan Austria (4,809,558.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun yang kini berdepan dengan gelombang ke-7 COVID-19, mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 243,104 kes diikuti Korea Selatan (137,196) dan Amerika Syarikat (79,145).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,061,346 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Karnival dikenali ‘Riuh Nau!’ di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bertujuan mempromosi dan mengetengahkan industri kreatif hasil kerja artis tempatan dalam usaha memulihkan industri kreatif negara susulan pandemik Covid-19. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

 6 Ogos (4,275), 7 Ogos (3,856), 8 Ogos (4,752), 9 Ogos (4,229), 10 Ogos (2,979) dan 11 Ogos (3,362).

* kes kumulatif sembuh sehingga 11 Ogos 2022 sebanyak 4,642,078.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

6 Ogos (46,904), 7 Ogos (45,770), 8 Ogos (43,875), 9 Ogos (42,717), 10 Ogos (44,622) dan 11 Ogos (46,081).

 

Perincian kes harian baharu (4,831 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 11 Ogos 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,673 (+0) dan WP Kuala Lumpur 1,012 (+0).

Tiga angka - Sabah 360 (+0), Perak 352 (+4), Negeri Sembilan 316 (+0), Pulau Pinang 210 (+0), Melaka 155 (+0), Johor 143 (+1), WP Putrajaya 141 (+0), Kedah 124 (+0) dan Sarawak 114 (+1).

Dua angka - Pahang 79 (+0), Kelantan 75(+0), Terengganu 46 (+0) dan WP Labuan 19 (+0).

Satu angka - Perlis 6 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

6 Ogos - Kes baharu 4,684; Kes kumulatif 4,705,824; Kes import 5;

7 Ogos - Kes baharu 2,728; Kes kumulatif 4,708.552; Kes import 2;

8 Ogos - Kes baharu 2,863; Kes kumulatif 4,711,415; Kes import 2;

9 Ogos - Kes baharu 3,083; Kes kumulatif 4,714,498; Kes import 3;

10 Ogos - Kes baharu 4,896; Kes kumulatif 4,719,394; Kes import 2;

11 Ogos - Kes baharu 4,831; Kes kumulatif 4,724,225; Kes import 6.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

6 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)

Kluster Jalan Dato Lau Pak Khuan (Kinta, Perak) - 11 kes

7 Ogos - tiada kluster

8 Ogos - tiada kluster

9 Ogos - 1 (pendidikan 1)

Kluster Kota Gopeng 4 (Kampar, Perak) - 12 kes

10 Ogos - 3 (kumpulan berisiko tinggi 1, pendidikan 1 dan tempat kerja 1)

Kluster Merbau Kudung - kumpulan berisiko tinggi (Seberang Perai Utara, Pulau Pinang) - 18 kes

Kluster Taman Bukit Pantai 2 - pendidikan (Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur) - 23 kes

Kluster Jalan Sultan Yahya Petra - tempat kerja (Titiwangsa, Cheras - WP Kuala Lumpur) - 12

11 Ogos - tiada kluster

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,051 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (11 Ogos), 26 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

6 Ogos - 11 (BID 1), 7 Ogos - 6 (BID 0), 8 Ogos - 6 (BID 1), 9 Ogos - 12 (BID 3), 10 Ogos - 12 (BID 6) dan 11 Ogos - 10 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga 11 Ogos 2022, sebanyak 36,066 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 593,104,840 kes berbanding 587,548,610 kes pada minggu lepas dengan 6,448,316 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,433,486. Sebanyak 565,011,164 kes sembuh dilaporkan berbanding 557,959,613 kes pada minggui lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 84,479,779 (+79,145)

India 44,220,444 (+13,448)

Perancis 34,169,281 (+24,312)

Brazil 34,124,579 (+27,644)

Jerman 31,439,645 (+tiada maklumat)

United Kingdom 23,420,826 (+tiada maklumat)

Itali 21,428,602 (+28,423)

Korea Selatan 20,983,169 (+137,196)

Rusia 18,796,472 (+25,815)

Turkiye 16,295,817 (+tiada maklumat)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,360,348 (+2,637)

Indonesia di tangga 20 - 6,267,137 (+5,532)

Malaysia di tangga 26 - 4,724,225 (+4,831)

Thailand di tangga 28 - 4,614,057 (+2,316)

Filipina di tangga 38 - 3,818,480 (+4,533)

Singapura di tangga 47 - 1,781,162 (+7,776)

Myanmar di tangga 84 - 614,297 (+21)

Brunei di tangga 112 - 215,283 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 212,124 (+97)

Kampuchea di tangga 125 - 137,138 (+21)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan