RENCANA

COVID-19: JUMLAH KES AKTIF DALAM NEGARA TINGGAL 25,174 KES

30/09/2022 02:02 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Sept hingga pukul 12:00tgh 30 Sept 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.83 juta kes. Di peringkat global, lebih 622 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.54 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 602 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai sebanyak 25,174 kes aktif COVID-19 setakat semalam (29 September) dengan 95.6 peratus (24,071 kes) menjalani kuarantin di rumah.

Kes harian baharu COVID-19 sepanjang bulan September ini terus kekal di bawah paras 2,500 dengan 1,867 dilaporkan semalam (29 September) termasuk empat (4) kes import.

Setakat ini, kes terendah untuk September adalah sebanyak 1,186 (26 Sept) dan tertinggi sebanyak 2,445 (28 Sept).


Orang ramai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sukan bola tampar pantai bersama rakan di Pantai Ramsey Point, Labuan sempena Hari Jantung Sedunia 2022. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 10,582 kes harian baharu COVID-19 direkod untuk Rangkuman Mingguan Bernama 24 Sept hingga 29 Sept berbanding 10,541 untuk tempoh sama 17 Sept hingga 22 Sept. 

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 29 Sept 2022, daripada 1,867 kes semalam, lima (5) buah negeri mencatat kes tiga angka, didahului oleh Selangor sebanyak 470 kes. Selangor mencatat 990 kes pada 28 September.

Negeri lain mencatat kes tiga angka ialah WP Kuala Lumpur (451), Perak (183), Sabah (159) dan Pulau Pinang (104).

Kes dua angka diaporkan di Melaka (82), Negeri Sembilan (79), Sarawak (77), Johor (56), Kelantan (55), Kedah (52), Pahang (40), Terengganu (29) dan WP Putrajaya (23).

Kes satu angka di Perlis (4) dan WP Labuan (3). Untuk rekod WP Labuan mencatat sifar kes COVID-19 pada 25 Sept, 26 Sept dan 28 Sept.

 


Pertandingan Tingkah Geruh Battle, Labuan adalah sebahagian upacara sempena Pesta Seni Borneo 2022 (BAF2022) yang tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 24 Sept hingga 29 Sept 2022:-

24 Sept (1,924), 25 Sept (1,608), 26 Sept (1,186), 27 Sept (1,552), 28 Sept (2,445) dan 29 Sept (1,867).

Kes harian baharu COVID-19 untuk minggu sebelumnya (17 Sept- 23 Sept) adalah seperti berikut:-

17 Sept (1,572), 18 Sept (1,639), 19 Sept (1,307), 20 Sept (1,667), 21 Sept (2,111), 22 Sept (2,245) dan 23 Sept (2,070).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-

24 Sept (2,342), 25 Sept (1,797), 26 Sept (1,606), 27 Sept (4,360), 28 Sept (3,454) dan 29 Sept (3,431).

 


Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat pada Perbarisan Tempur dan Demonstrasi Aset ATM sempena Hari ATM di Pengkalan Udara Kuantan. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 1,402 kes sembuh COVID-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,777,329. Sebanyak empat (4) kes kematian dilaporkan dan kumulatif kematian kini sebanyak 36,369.

Dengan sebanyak 4,838,872 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4.920,1192) dan Austria (5,118,512).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis mencatat kes harian baharu tertinggi (51,366) diikuti Taiwan (44,880) dan Jepun (42,173).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,084,250 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), melakukan pemantauan di sekitar tasik ketika demonstrasi menyelamat pada Sesi Pemantauan Latihan dan Persediaan JBPM Menghadapi Fenomena Monsun Timur Laut di Tasek Banding, Gerik. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 29 Sept 2022 menunjukkan 24,071 kes (95.6 peratus) daripada 25,174 kes aktif, dikuarantin di rumah.

Tiada kes (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,060 kes (4.2 peratus) di hospital; 19 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 24 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

24 Sept (2,360), 25 Sept (2,352), 26 Sept (1,690), 27 Sept (1,684), 28 Sept (1,613) dan 29 Sept (1,402).

*kes kumulatif sembuh sehingga 29 Sept 2022 sebanyak 4,777,329.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

24 Sept (25,278), 25 Sept (24,532), 26 Sept (24,021), 27 Sept (23,883), 28 Sept (24,713) dan 29 Sept (25,174).

 

Perincian kes harian baharu (1,867 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 29 Sept 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 470 (+0), WP Kuala Lumpur 451 (+0), Perak 182 (+1), Sabah 157 (+2) dan Pulau Pinang 104 (+0).

Dua angka - Melaka 82 (+0), Negeri Sembilan 79 (+0), Sarawak 77 (+0), Johor 56 (+0), Kelantan 55 (+0), Kedah 52 (+0), Pahang 40 (+0), Terengganu 29 (+0) dan WP Putrajaya 23 (+0).

Satu angka - Perlis 3 (+1) dan WP Labuan 3 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

24 Sept - Kes baharu 1,924; Kes kumulatif 4,830,214; Kes import 0.

25 Sept - Kes baharu 1,608; Kes kumulatif 4,831.822; Kes import 2.

26 Sept - Kes baharu 1,186; Kes kumulatif 4,833,008; Kes import 7.

27 Sept - Kes baharu 1,552; Kes kumulatif 4,834,560; Kes import 6.

28 Sept - Kes baharu 2,445; Kes kumulatif 4,837,005; Kes import 2.

29 Sept - Kes baharu 1,867; Kes kumulatif 4,838,872; Kes import 4.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

24 Sept - tiada kluster.

25 Sept - tiada kluster.

26 Sept - 1 (pendidikan 1)

• Kluster Pulai Chondong 3 (Machang, Kelantan) - 7 kes

27 Sept - tiada kuster.

28 Sept - tiada kuster.

29 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)

• Kluster Jalan Perak Georgetown 2 (Timur Laut, Pulau Pinang) - 19 kes.

*Jumlah keseluruhan kluster sebanyak 7,081 dan setakat 29 September, 14 kluster masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

24 Sept - 3 (BID 1), 25 Sept - 2 (BID 0), 26 Sept - 7 (BID 0), 27 Sept - 6 (BID 1), 28 Sept - 2 (BID 0) dan 29 Sept - 4 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 29 Sept 2022 sebanyak 36,369 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 622,370,893 kes berbanding 619,582,145 kes pada minggu lepas dengan 6,547,074 kematian (minggu lepas 6,538,519 kematian). Sebanyak 602,177,408 kes sembuh dilaporkan berbanding 599,498,874 kes sembuh pada minggu lepas. 

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 98,164,133 (+28,745)

India 44,585,456 (+2,096)

Perancis 35,342,950 (+51,366)

Brazil 34,706,757 (+9,894)

Jerman 33,216,006 (+tiada maklumat)

Korea Selatan 24,740,635 (+30,846)

United Kingdom 23,621,952 (+tiada maklumat)

Itali 22,432,803 (+37,521)

Jepun 21,229,216 (+42,173)

Rusia 20,948,470 (+38,739)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,477,886 (+978)

Indonesia di tangga 19 - 6,429,767 (+2,003)

Malaysia di tangga 27 - 4,838,872 (+1,867)

Thailand di tangga 29 - 4,680,470 (+637)

Filipina di tangga 38 - 3,945,566 (+2,536)

Singapura di tangga 46 - 1,904,192 (+3,431)

Myanmar di tangga 83 - 622,802 (+379)

Brunei di tangga 111 - 226,237 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 215,821 (+tiada maklumat)

Kampuchea di tangga 125 - 137,870 (+9)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

BERNAMA 

 

 

 

 


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan