RENCANA

COVID-19: Jumlah Kes Baharu Enam Hari Menurun Kepada 16,478 Kes

18/11/2022 02:14 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 12 Nov hingga pukul 12:00tgh 18 Nov 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.96 juta kes. Di peringkat global, lebih 641 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.62 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 621 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 negara menurun sepanjang enam hari lepas kepada 16,478 kes (12 Nov-17 Nov) berbanding 21,539 kes pada tempoh yang sama (5 Nov-10 Nov).

Sepanjang tempoh enam hari itu, kes COVID-19 kekal bawah paras 4,000 dan semalam (17 November), Malaysia mencatat sebanyak 3,457 kes harian baharu COVID-19 termasuk sembilan (9) kes kematian dan dua (2) kes import.

Daripada 3,457 kes, negeri Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,187 diikuti oleh WP Kuala Lumpur (322), Sabah (266), Melaka (262), Pulau Pinang (216), Kedah (171), Pahang (159), Sarawak (158), Negeri Sembilan (146), Perak (139), WP Putrajaya (131) dan Kelantan (124).


Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun peralatan dan kotak undi sebelum diagihkan ke 272 pusat mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Parlimen P.108 - Shah Alam. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Negeri yang mencatat kes dua angka adalah Johor (79), Terengganu (77) dan WP Labuan (16).

Perlis pula negeri tunggal mencatat kes satu angka iaitu empat (4) kes.

Untuk bulan November setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes.

Kes terendah dicatat pada 14 November sebanyak 1,749 kes. Peningkatan kes harian baharu COVID-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.

Sementara itu, kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59mlm 17 November adalah sebanyak 27,877 kes dengan 25,818 kes (92.6 peratus) menjalani kuarantin di rumah.

 


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai situasi semasa COVID-19 di Hospital Sungai Buloh. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 12 Nov hingga 17 Nov 2022:-

12 Nov (2,882), 13 Nov (2,234), 14 Nov (1,749), 15 Nov (2,852), 16 Nov (3,304) dan 17 Nov (3,457).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang 5 Nov hingga 11 Nov 2022:-

5 Nov (4,621), 6 Nov (3,913), 7 Nov (2,521), 8 Nov (3,781), 9 Nov (3,267), 10 Nov (3,436) dan 11 Nov (3,245)

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 12 Nov hingga 17 Nov 2022, seperti berikut:-

12 Nov (1,940), 13 Nov (1,501), 14 Nov (1,312), 15 Nov (3,111), 16 Nov (2,184) dan 17 Nov (2,088).

 


Penunggang motorsikal meredah air yang memenuhi jalan akibat dari limpahan air Sungai Langat di Kampung Sri Tanjung, Dengkil. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 3,736 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,895,719 kes.

Malaysia kini mempunyai sebanyak 4,960,179 kumulatif kes COVID-19 dan menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,306,482) dan Ukraine (5,329,536).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (93,005) diikuti oleh Korea Selatan (55,437) dan Perancis (33,331).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,101,838 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Suasana di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Kampung Johan Setia, Klang ketika bencana banjir melanda beberapa kawasan di Selangor. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm, 17 Nov 2022 menunjukkan 25,818 kes (92.6 peratus) daripada 27,877 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,970 kes (7.1 peratus) di hospital; 43 kes (0.2 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 46 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

12 Nov (4,730), 13 Nov (3,836), 14 Nov (2,564), 15 Nov (3,710), 16 Nov (3,045) dan 17 Nov (3,736).

*kes kumulatif sembuh sehingga 17 Nov 2022 sebanyak 4,895,719

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

12 Nov (31,209), 13 Nov (29,605), 14 Nov (28,784), 15 Nov (27,914), 16 Nov (28,165) dan 17 Nov (27,877).

 

Perincian kes harian baharu (3,457 kes) :-

*mengikut negeri, setakat 17 Nov 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,187 (+0;

Tiga angka - WP Kuala Lumpur 322 (+0), Sabah 266 (+0), Melaka 261 (+1), Pulau Pinang 216 (+0), Kedah 171 (+0), Pahang 159 (+0), Sarawak 158 (+0), Negeri Sembilan 146 (+0), Perak 139 (+0), WP Putrajaya 131 (+0) dan Kelantan 124 (+0).

Dua angka - Johor 78 (+1), Terengganu 77 (+0) dan WP Labuan 16 (+0);

Satu angka - Perlis 4 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

12 Nov - Kes baharu 2,882; Kumulatif kes 4,946,583; Kes import 1

13 Nov - Kes baharu 2,234; Kumulatif kes 4,948,817; Kes import 2

14 Nov - Kes baharu 1,749; Kumulatif kes 4,950,566; Kes import 1

15 Nov - Kes baharu 2,852; Kumulatif kes 4.953,418; Kes import 3

16 Nov - Kes baharu 3,304; Kumulatif kes 4,956,722; Kes import 4

17 Nov - Kes baharu 3,457; Kumulatif kes 4,960,179; Kes import 2

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

12 Nov - 9 (BID 3), 13 Nov - 2(BID 0), 14 Nov - 6 (BID 1), 15 Nov -12 (BID 0), 16 Nov - 8 (BID 3) dan 17 Nov - 9 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 17 Nov 2022 sebanyak 35,583 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 641,897,156 kes (minggu lepas 637,283,239 kes) dengan 6,621,589 kematian berbanding sebanyaj 6,613,471 kematian minggu sebelumnya. Sebanyak 621,352,448 kes sembuh dilaporkan (minggu sebelumnya sebanyak 619,481,016 kes sembuh).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 100,105,438 (+22,546)

India 44,668,951 (+653)

Perancis 37,250,370 (+33,331)

Jerman 36,152,490 (+tiada maklumat)

Brazil 35,009,176 (+29,102)

Korea Selatan 26,412,901 (+55,437)

United Kingdom 23,854,192 (+tiada maklumat)

Itali 23,823,192 (+tiada maklumat)

Jepun 23,519,801 (+93,005)

Rusia 21,520,021 (+5,680)

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,510,484 (+509)

Indonesia di tangga 20 - 6,590,113 (+7,822)

Malaysia di tangga 27 - 4,960,179 (+3,457)

Thailand di tangga 30 - 4,698,373 (+tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 - 4,022,127 (+1,153)

Singapura di tangga 45 - 2,148,794 (+2,088)

Myanmar di tangga 83 - 632,910 (+45)

Brunei di tangga 110 - 241,044 (+tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 216,431 (+34)

Kampuchea di tangga 125 - 138,010 (+3)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan