BERITA PRU15   PH tidak letak syarat bentuk kerajaan negeri - Wan Rosdy | PRU15 Padang Serai: Calon BN teruskan kempen | DUN Tioman: Masyarakat Orang Asli harap masalah air diselesaikan | DUN Tioman: Calon BN bertemu calon PH, bincang strategi kempen | Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan ‘kerajaan zina’ | 
RENCANA

COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Terus Susut Kepada 15,134 Kes

25/11/2022 02:13 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 19 Nov hingga pukul 12:00tgh 25 Nov 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.97 juta kes. Di peringkat global, lebih 644 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.63 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 623 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Trend menurun kes harian baharu COVID-19 negara berterusan minggu ini dengan sebanyak 15,134 kes dilaporkan bagi tempoh 19 Nov-24 Nov berbanding 16,478 kes untuk tempoh 12 Nov-17 Nov.

Angka kes kekal bawah paras 4,000 dan semalam (24 November), sebanyak 2,877 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk lapan (8) kes kematian dan tiga (3) kes import.

Untuk rekod, sebanyak 48 kes kematian dilaporkan untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini (19 Nov-24 Nov 2022), menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 kepada 36,636 kes.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media pertama setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Sungai Long Golf Club House, Kajang. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan jumlah kes tertinggi 701, diikuti WP Kuala Lumpur (311), Sabah (222), Melaka (207), Pulau Pinang (184), Kelantan (183), Sarawak (176), Kedah (165), Pahang (152), Perak (150), Negeri Sembilan (124), WP Putrajaya (119) dan Terengganu (104).

Negeri yang mencatat kes dua angka adalah Johor (46) dan WP Labuan (24) sementara kes satu angka dilaporkan di Perlis (9).

Untuk bulan November 2022 setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes. Kes terendah dicatat pada 20 November (1,633). Peningkatan kes harian baharu COVID-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni pengamal media yang berkampung di hadapan pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59mlm 24 November adalah 26,856 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 24,743 kes (92.1 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 3,226 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat ini sebanyak 4,914,858 kes.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 19 Nov hingga 24 Nov 2022:-

19 Nov (2,450), 20 Nov (1,633), 21 Nov (2,121), 22 Nov (2,516}, 23 Nov (3,537) dan 24 Nov (2,877).

 


Penjawat awam membawa makanan yang dibeli semasa rehat tengah hari di Presint 4, Putrajaya. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang 12 Nov hingga 18 Nov 2022:-

12 Nov (2,882), 13 Nov (2,234), 14 Nov (1,749), 15 Nov (2,852), 16 Nov (3,304), 17 Nov (3,457) dan 18 Nov (3,037).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 19 Nov hingga 24 Nov 2022, seperti berikut:-

19 Nov (1,666), 20 Nov (1,167), 21 Nov (1,098), 22 Nov (2,388), 23 Nov (1,688) dan 24 Nov (1,615).

 

Dengan sebanyak 4,978,350 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,336,293) dan Greece (5,360,506).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (60,108) diikuti oleh Korea Selatan (59,089) dan Brazil (25,790).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,104,553 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA


Penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka semasa menentang pasukan Selangor FC pada aksi Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 24 Nov 2022 menunjukkan 24,743 kes (92.1 peratus) daripada 26,856 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 2,016 kes (7.5 peratus) di hospital; 35 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 62 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

19 Nov (3,000), 20 Nov (1,989), 21 Nov (1,764), 22 Nov (2,643), 23 Nov (3,319) dan 24 Nov (3,226).

*kes kumulatif sembuh sehingga 24 Nov 2022 sebanyak 4,914,858.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

19 Nov (27,156), 20 Nov (26,798), 21 Nov (27,141), 22 Nov (27,003), 23 Nov (27,213) dan 24 Nov (26,856).

 

Perincian kes harian baharu (2,877 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 12:00tgh 24 Nov 2022

*(+kes import)


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 701 (+0), WP Kuala Lumpur 311 (+0), Sabah 222 (+0), Melaka 206 (+1), Pulau Pinang 184 (+0), Kelantan 183 (+0), Sarawak 176 (+0), Kedah 165 (+0), Pahang 151 (+1), Perak 149 (+1), Negeri Sembilan 124 (+0), WP Putrajaya 119 (+0) dan Terengganu 104 (+0).

Dua angka - Johor 46 (+0) dan WP Labuan 24 (+0).

Satu angka - Perlis 9 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

19 Nov - Kes baharu 2,450; Kumulatif kes 4,965,666; Kes import 0

20 Nov - Kes baharu 1,633; Kumulatif kes 4,967,299; Kes import 3

21 Nov - Kes baharu 2,121; Kumulatif kes 4,969,420; Kes import 0

22 Nov - Kes baharu 2,516; Kumulatif kes 4,971,936; Kes import 3

23 Nov - Kes baharu 3,537; Kumulatif kes 4,975,473; Kes import 7

24 Nov - Kes baharu 2,877; Kumulatif kes 4,978,350; Kes import 3

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

19 Nov -5 (BID 1), 20 Nov - 2 (BID 0), 21 Nov - 14 (BID 4), 22 Nov -11 (BID 7), 23 Nov - 8 (BID 1) dan 24 Nov - 8 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 24 Nov 2022 sebanyak 36,636.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 644,781,932 (minggu lepas 642,553,098 kes dengan 6,632,355 kematian. Jumlah kematian minggu lalu adalah sebanyak 6,624,014 kes. Sebanyak 623,600,306 kes sembuh dilaporkan berbanding 621,864,080 kes sembuh minggu lalu.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 100,418,112 (+13,467)

India 44,671,806 (+268)

Perancis 37,492,134 (tiada maklumat)

Jerman 36,318,461 (tiada maklumat)

Brazil 35,147,091 (+25,790)

Korea Selatan 26,784,142 (+59,089)

Jepun 24,128,914 (+60,108)

Itali 24,031,538 (tiada maklumat)

United Kingdom 23,977,637 (tiada maklumat)

Rusia 21,556,766 (+5,784)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-

Vietnam di tangga 13 - 11,513,173 (+489)

Indonesia di tangga 20 - 6,634,648 (+7,110)

Malaysia di tangga 27 - 4,978,350 (+2,877)

Thailand di tangga 31 - 4,702,330 (tiada maklumat)

Filipina di tangga 38 - 4,029,201 (+1,141)

Singapura di tangga 45 - 2,160,324 (+1,615)

Myanmar di tangga 83 - 633,118 (+22)

Brunei di tangga 110 - 241,044 (tiada maklumat)

Laos di tangga 113 - 216,554 (+25)

Kampuchea di tangga 125 - 138,046 (+7)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan