RENCANA

COVID-19: JUMLAH KUMULATIF LEPASI ANGKA LIMA JUTA KES

09/12/2022 03:15 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Dis hingga pukul 12:00tgh 9 Dis 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.0 juta juta kes. Di peringkat global, lebih 652 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.6 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 628 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kumulatif kes COVID-19 Malaysia melepasi angka lima (5) juta pada Ahad lepas dan setakat semalam (8 Disember), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,006,855 kes.

Pada Ahad 4 Disember, jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 5,000,332 dengan kes harian baharu COVID-19 negara berada bawah paras 2,000 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (3 Dis-8 Dis 2022).

Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh Rangkuman ini susut hampir 25 peratus kepada 9,891 kes berbanding 13,169 kes untuk tempoh 26 Nov-1 Dis 2022.

Semalam (8 Disember) sebanyak 1,616 kes harian baharu dilaporkan termasuk empat (4) kes kematian dan satu (1) kes import. Untuk bulan Disember 2022 setakat ini, kes terendah dicatat pada 4 Disember sebanyak 1,502.


Pengundi Orang Kurang Upaya (OKU) menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 Parlimen Padang Serai di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong, Padang Serai, Kulim. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada 1,616 kes, tiada negeri mencatat kes empat angka. Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan 474 kes, diikuti WP Kuala Lumpur (154), Sarawak (145), Pulau Pinang (130) dan Kedah (104).

Kes dua angka dilaporkan di Melaka (96), Negeri Sembilan (83), Sabah (82), Perak (77). WP Putrajaya (75), Kelantan (51), Pahang (44), Terengganu (42), Johor (30), WP Labuan (19) dan Perlis (10).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini pukul 11:59 malam 8 Disember 2022 adalah sebanyak 21,473 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 20,068 kes (93.5 peratus) dikuarantin di rumah.

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 3 Dis hingga 8 Dis 2022:-

3 Dis (1,866), 4 Dis (1,502), 5 Dis (1,576), 6 Dis (1,649), 7 Dis (1,682) dan 8 Dis (1,616).

 


Para pengundi beratur untuk menunaikan tanggungjawab mereka mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pontian, Rompin. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang 26 Nov hingga 2 Dis 2022:-

26 Nov (2,898), 27 Nov (2,022), 28 Nov (2,465), 29 Nov (1,672), 30 Nov (1,737), 1 Dis (2,375) dan 2 Dis (2,421).

 

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 3 Dis hingga 8 Dis 2022, seperti berikut:-

3 Dis (1,052), 4 Dis (846), 5 Dis (776), 6 Dis (1,817), 7 Dis (1,349) dan 8 Dis (1,363).

 

Dengan sebanyak 5,006,855 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,341,284) dan Greece (5,404,690).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (133,065) diikuti oleh Perancis (71,597) dan Korea Selatan (65,253).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,109,394 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

​​​​​​​


Sekumpulan kanak-kanak mempamerkan aksi bermain bola sepak bersama rakan-rakan sempena demam bola sepak Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar di Padang Bank, Kota Bharu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 8 Dis 2022 menunjukkan 20,068 kes (93.5 peratus) daripada 21,473 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,324 kes (6.2 peratus) di hospital; 23 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 58 kes (0.3 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Kes sembuh:-

​​​​​​​​​​​​​​


Pegawai dan anggota MALBATT 850-9 ketika mengikuti perbarisan pada Majlis Pembubaran, Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Malaysian Battlalion 850-9 di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat Kem Segenting, Port Dickson. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

3 Dis (2,814), 4 Dis (2,093), 5 Dis (2,278), 6 Dis (1,675), 7 Dis (1,428) dan 8 Dis (2,145).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 8 Dis 2022 sebanyak 4,948,640.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

3 Dis (23,099), 4 Dis (22,505), 5 Dis (21,800), 6 Dis (21,758), 7 Dis (22,006) dan 8 Dis (21,473).

 

Perincian kes harian baharu (1,616 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 8 Dis 2022

*(+kes import)

​​​​​​​


Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Tiga angka - Selangor 474 (+0), WP Kuala Lumpur 154 (+0), Sarawak 144 (+1), Pulau Pinang 130 (+0) dan Kedah 104 (+0).

Dua angka - Melaka 96 (+0), Negeri Sembilan 83 (+0), Sabah 82 (+0), Perak 77 (+0). WP Putrajaya 75 (+0), Kelantan 51 (+0), Pahang 44 (+0), Terengganu 42 (+0), Johor 30 (+0), WP Labuan 19 (+0) dan Perlis 10 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

3 Dis - Kes baharu 1,866; Kumulatif kes 4,998,830; Kes import 6

4 Dis - Kes baharu 1,502; Kumulatif kes 5,000,332; Kes import 1

5 Dis - Kes baharu 1,576; Kumulatif kes 5,001,908; Kes import 1

6 Dis - Kes baharu 1,649; Kumulatif kes 5,003,557; Kes import 3

7 Dis - Kes baharu 1,682; Kumulatif kes 5,005,239; Kes import 2

8 Dis - Kes baharu 1,616; Kumulatif kes 5.006,855; Kes import 1

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

3 Dis - 6 (BID 1), 4 Dis - 3 (BID 2), 5 Dis - 3 (BID 2), 6 Dis - 16 (BID 8), 7 Dis - 6 (BID 0) dan 8 Dis - 4 (BID 1).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 8 Dis 2022 sebanyak 36,742.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19


Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 652,154,385 kes berbanding 649,180,288 kes minggu lepas dengan 6,654,233 kes kematian (jumlah kes kematian pada minggu sebelumnya, 6,644,480 kes).

Sebanyak 628,229,423 ke sembuh dilaporkan berbanding 626,624,022 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:- *Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 101,213,638 (+37,689)

India 44,675,509 (+221)

Perancis 38,331,430 +(71,597)

Jerman 36,690,235 (NA)

Brazil 35,563,044 (+33,433)

Korea Selatan 27,548,821(+65,253)

Jepun 25,687,798 (+133,065)

Itali 24,024,746 (NA)

United Kingdom 24,024,746 (NA)

Rusia 21,643,194 (+7,430)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,519,539 (+528)

Indonesia di tangga 20 - 6,692,509 (+2,977)

Malaysia di tangga 27 - 5,006,855 (+1,616)

Thailand di tangga 31- 4,711,528 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,045,358 (+1,483)

Singapura di tangga 45 - 2,177,701 (+1,363)

Myanmar di tangga 83 - 633,381 (+12)

Brunei di tangga 110 - 241,044 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,026 (+38)

Kampuchea di tangga 125 - 138,202 (+14)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan