Sabtu, 30 Mei 2020
SUKAN
23/05/2020 01:11 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak negara menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi untuk menjalin silaturahim di Hari Raya.

Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin dalam hantaran di laman sosial rasmi Facebook FAM berkata meskipun sambutan perayaan tahun ini hanya mampu disambut dengan syarat terhad tanpa berjabat tangan, hari kemenangan buat umat Islam itu tetap perlu disambut dengan penuh kenikmatan serta kesyukuran. 

"Pada ketika negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19 dan dengan kebiasaan baharu yang perlu kita terapkan pada lebaran kali ini, nampaknya ucapan sempena perayaan khususnya sambutan Aidilfitri akan menjadi tradisi yang jauh berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

"Jika tahun lalu kita berhari raya dengan tema Raya Bola di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama Harimau Malaya kerana skuad negara mengharungi perlawanan pusingan pertama play-off kelayakan Piala Dunia 2022 (Zon Asia) bertemu Timor-Leste, tahun ini sambutan kita jauh berbeza dengan hanya duduk di rumah," katanya. 

Hamidin juga berharap agar pandemik COVID-19 segera berakhir dan aktiviti bola sepak negara dapat diteruskan seperti sediakala. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan