BERITA PRU15   PH tidak letak syarat bentuk kerajaan negeri - Wan Rosdy | PRU15 Padang Serai: Calon BN teruskan kempen | DUN Tioman: Masyarakat Orang Asli harap masalah air diselesaikan | DUN Tioman: Calon BN bertemu calon PH, bincang strategi kempen | Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan ‘kerajaan zina’ | 
SUKAN

Sultan Selangor minta penyokong Selangor FC jaga tingkah laku, elak provokasi

25/11/2022 05:48 PM

SHAH ALAM, 25 Nov (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan penyokong Selangor FC agar menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, hari ini, Sultan Sharafuddin berharap penyokong pasukan Merah Kuning itu tidak akan mencetuskan kekecohan serta mencemarkan nama baik pasukan termasuk terbabit dalam sebarang bentuk pergaduhan, walau apa pun keputusan perlawanan.

Hantaran tersebut turut memaklumkan Sultan Selangor berharap setiap penyokong haruslah bersikap matang dan tidak melayan provokasi berlebihan.

Sultan Sharafuddin juga mahu semua yang hadir ke stadium membawa bersama semangat kesukanan dan sorakan gemuruh, sekali gus memberi suntikan semangat kepada para pemain.

Baginda turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Selangor FC dan JDT, menurut hantaran itu. 

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan