SUKAN > BERITA

LEBIH 5,000 PESERTA DIJANGKA SERTAI MELAKA INTERNATIONAL MARATHON 2024

12/06/2024 10:49 PM

MELAKA, 12 Jun (Bernama) -- Seramai 5,000 peserta dijangka memeriahkan Melaka International Marathon 2024 pada 22 hingga 25 Ogos ini yang dianjurkan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). 

Tarikh tersebut meliputi penyerahan kit larian pada 22 dan 23 Ogos, acara larian dan separa maraton (24 Ogos) dan maraton pada 25 Ogos.

 Pengarah Jojo Events Sdn Bhd Sharifah Farrah Soraya Syed Yusof dalam kenyataan berkata penganjuran acara larian kali kedua yang dianjurkan bersama MMTF Consultant dan Blitz One itu dilihat sebagai platform terbaik mempromosikan Melaka sebagai destinasi acara larian di peringkat antarabangsa. 

"Acara larian ini akan bermula dan berakhir di Dataran Sejarah Ayer Keroh dan setakat ini pelari dari 28 negara telah mendaftar sekali gus meyakinkan kami ini adalah masa terbaik memperkenalkan Melaka di dunia sukan sebagai Destinasi Larian Baru. 

"Ini kerana Melaka sangat kaya dengan budaya serta sejarah dan untuk itu, perlumbaan ini akan membawa pelari melalui tempat-tempat bersejarah dan ikonik yang memperkenalkan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia," katanya.

Beliau berkata objektif utama penganjuran ialah mempromosikan sukan larian sebagai amalan hidup sihat selain menyumbang kepada sosioekonomi negeri.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan