SUKAN > BERITA

TERBUKA AUSTRALIA 2024: HANNAH UCAP TAHNIAH KEPADA ZII JIA

17/06/2024 05:38 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -  Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah atas kejayaan perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 semalam.

“Tahniah kepada Lee Zii Jia kerana memenangi Terbuka Australia 2024. Kekalkan momentum! #RoadtoGold, “katanya menerusi laman Fackbooknya hari ini.

Pada aksi final di Quaycentre di Sydney Olympic Park itu, bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set  21-19,11-21 dan 21-18.

Ia juga gelaran kedua Zii Jia tahun ini selepas Terbuka Thailand 2024. 

Zii Jia sebelum ini secara rasmi telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini. 

Turut mengikuti langkah beliau ialah perseorangan wanita, Goh Jin Wei serta tiga beregu lain iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran). 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan