SUKAN > BERITA

Pan Gon Dilantik Ketua Jurulatih Ulsan HD FC

28/07/2024 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Liga K1 Korea (Liga K1) Ulsan HD FC.

Perkembangan itu diumumkan juara K1 2023 itu dalam satu hantaran di facebook rasminya hari ini.

“Buat pertama kalinya di Liga-K, saya ada pengurus rasmi. Tekanan dan harapan berjalan seiring.

“Saya rasa seperti telah kembali semula, tetapi saya mahu tunjukkan kepada peminat bola sepak Korea prestasi lebih matang,” kata Pan Gon dalam hantaran itu.

Terdahulu, Pan Gon meletakkan jawatan selaku pengendali skuad Harimau Malaya selepas dua tahun empat bulan membimbing pasukan negara.

Keputusan meninggalkan pasukan diambil jurulatih dari Korea Selatan itu atas sebab peribadi.

Pan Gon berkata sepanjang tempoh itu, sudah banyak kejayaan dikecapi dan beliau akui puas membawa pasukan negara dengan melakar pelbagai kejayaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan