SUKAN > BERITA

KOM Cadang Kerajaan Tubuh Universiti Sukan

30/07/2024 12:22 AM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan universiti sukan pada masa depan.

Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim berkata cadangan tersebut merupakan antara keputusan besar yang dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli gabungan pada mesyuarat agung tahunan badan induk olahraga negara itu semalam.

Shahidan berkata penubuhan universiti tersebut penting bagi memastikan remaja terutamanya lepasan sekolah sukan terus berkecimpung dalam sukan sekali gus memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat.

"Saya ingat sudah sampai masanya kita ada universiti sukan khas sebab perkara ini perlu kita beri perhatian untuk lahirkan atlet berprestasi tinggi,” katanya dalam satu video dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyatakan hasrat untuk mengadakan sesi perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengetengahkan cadangan tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan