SUKAN > BERITA

Tang Jie-Ee Wei Enggan Banyak Fikir, Fokus Diri Sendiri

30/07/2024 08:22 PM

PARIS, 30 Julai (Bernama) -- Beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei enggan terlalu memikirkan mengenai aksi suku akhir menentang Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan, pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Ee Wei berkata beliau memilih untuk memberi tumpuan terhadap kemampuan mereka sendiri berbanding lawan yang berada di kedudukan kelapan dunia pada saingan dijadualkan berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, esok.

"Perancangan permainan kami tumpukan banyak fokus diri sendiri dan jaga disiplin buat masa sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Tang Jie berkata mereka akan melakukan analisis video permainan Won Ho-Na Eun petang ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, Tang Jie-Ee Wei mempunyai kelebihan apabila memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won Ho-Na Eun.

Sekiranya melepasi halangan Won Ho-Na Eun, beregu negara akan bertemu pemenang beregu utama Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dan wakil Hong Kong Tang Chun Man-Tse Ying Suet di pentas final. 

Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A selepas mengejutkan pilihan kedua Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, selain menewaskan Terry Hee-Jessica Tan dari Singapura dan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat.

Aksi suku akhir lain bakal menyaksikan pertembungan dua beregu China melibatkan pilihan pertama Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong melawan Yan Zhe-Dong Ping, manakala Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun mencabar Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan