SUKAN > BERITA

Yiwen Umum Bersara Selepas 10 Tahun Wakili Negara

05/08/2024 07:10 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan semalam selepas 10 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan itu.

Menurut kenyataan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini, Yiwen menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat keputusan tersebut demi menerokai alam pekerjaan.

"Meninggalkan dunia skuasy kompetitif bukanlah keputusan yang mudah. Namun, saya mempunyai peluang yang baik di hadapan dan akan mula bekerja tidak lama lagi.

"Pada usia 24 tahun selepas baru sahaja menamatkan pengajian sarjana, saya mula mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan sukan atau beralih ke dunia korporat. Jika saya menyertai sektor korporat pada usia 28 atau 29 tahun, ia akan lebih mencabar untuk memulakan kerjaya," katanya.

Sepanjang kariernya sebagai pemain kebangsaan, pemain krlahiran Kedah itu telah memenangi beberapa kejuaraan termasuk Klasik Antarabangsa Chongqing, Terbuka Melbourne, Terbuka North Coast dan yang terbaru Piala Cabaran  Hong Kong PSA (Persatuan Skuasy Profesional), Februari lalu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan