SUKAN > BERITA

Tiket Final Piala FA 2024 Serendah RM50 - MFL

06/08/2024 05:23 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanya empat kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Ogos ini.

Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Empat kategori tiket yang diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah General Admission berharga RM50 dan RM70, Piala FA Premium (RM150) dan Piala FA VIP Grandstand (RM200).

“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong dengan sistematik dan sama rata.

“Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” menurut hantaran di laman Facebook MFL hari ini.

JDT mara ke final Piala FA selepas mengatasi Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan agregat 5-1 manakala Selangor FC menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan