SUKAN > BERITA

Nurul Izzah Izzati terkandas acara keirin

07/08/2024 10:26 PM

PARIS, 7 Ogos (Bernama) -- Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage hari ini.

Dalam perlumbaan berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pelumba berusia 20 tahun yang memulakan kayuhan di barisan  hadapan bagaimanapun dipintas pelumba Kanada Kelsey Mitchell dan Great Britain Katy Merchant, masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan kedua.

Hanya dua pelumba layak ke suku akhir.

Terdahulu, pelumba kelahiran Kedah itu menamatkan saingan pusingan pertama di tempat keempat dalam saringan 5.

Pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 New Delhi, India itu berpeluang untuk merebut pingat apabila turun dalam acara pecut wanita pada Jumaat ini. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan