SUKAN > BERITA

Nur Dhabitah Ke Separuh Akhir 3m Papan Anjal

07/08/2024 11:57 PM

PARIS, 7 Ogos (Bernama) -- Penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri mengesahkan slot ke separuh akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita di Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini. 

Atlet berusia 25 tahun itu bermula cemerlang pada dua terjunan pertama apabila menduduki tempat kedua sebelum prestasinya merosot pada  terjunan ketiga dan keempat masing-masing mencatatkan 54.00 dan 48.00.

Nur Dhabitah memperkemaskan terjunan kelimanya dan menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan ke-12 dengan mengutip keseluruhan 283.65 mata.

Hanya 18 penerjun terbaik layak ke pusingan separuh akhir yang dijadual esok. 

Penerjun China, Chen Yiwen mengungguli pusingan kelayakan dengan 356.40 mata diikuti Kenny Maddison dari Australia di tempat kedua dengan 337.35 mata dan Vazquez Montana dari Mexico ketiga selepas mengumpul 321.74 mata.

Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan penampilan ketiga Nur Dhabitah selepas Tokyo 2020 dan Rio 2016.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan