SUKAN > BERITA

Nurul Izzah lepasi pusingan kelayakan acara pecut

09/08/2024 10:20 PM

PARIS, 9 Ogos (Bernama) -- Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bermula dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan 1/32 acara pecut wanita di National Velodrome hari ini. 

Pada aksi berkenaan, Nurul Izzah Izzati mempamerkan kayuhan baik untuk berada di kedudukan ke-21 daripada 28 pelumba dengan catatan masa 10.709 saat (s) di pusingan kelayakan sebentar tadi.

Pelumba berusia 20 itu berjaya memadamkan rekodnya sendiri pada Kejohanan Asia di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun lepas dengan catatan 10.903 s. 

Pada Rabu (7 Ogos), beliau terlepas peluang ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage. 

Beliau bagaimanapun akan meneruskan cabaran ke pusingan repechage sebentar lagi selepas ketinggalan +0.081s kepada Sophie Capewell dari Great Britain pada pusingan 1/32 saringan empat. 

Pada pusingan berkenaan, pemenang setiap saringan layak ke pusingan 1/16, manakala yang kalah mara ke 1/32 repechage.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan