SUKAN > BERITA

Perjalanan Nurul Izzah Izzati berakhir di Paris 2024

09/08/2024 10:44 PM

PARIS, 9 Ogos (Bernama) -- Perjalanan pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik Paris 2024, berakhir pada pusingan repechages 1/32 acara pecut di National Velodrome sebentar tadi. 

Pelumba berusia 20 tahun yang kelihatan ‘terkepung' sebaik perlumbaan dimulakan, hanya mampu mengejar untuk berada di kedudukan kedua di belakang pelumba Kanada Lauriane Genest, ketinggalan 0.059 saat (s).

Riyu Ohta dari Jepun di tempat (+0.326s) pada perlumbaan saringan empat itu.

Hanya pemenang setiap saringan layak ke pusingan akhir 1/16.

Pada Rabu (7 Ogos), Nurul Izzah Izzati terlepas peluang ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan