SUKAN > BERITA

Perbezaan Fahaman Masyarakat Tidak Halang Perpaduan, Sokong Pasukan Olimpik - Aaron

10/08/2024 10:45 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Perbezaan fahaman politik serta agama dan bangsa tidak menjadi tembok kepada semangat perpaduan tatkala rakyat jelata menyokong pasukan negara yang sedang beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 sekali gus membuktikan bahawa Sukan Wadah Perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam hantaran di platform X malam ini berkata perkara itu dapat dilihat terutama di media sosial menerusi sokongan dan dukungan kepada atlet negara.

“Perpaduan sememangnya kekuatan kita! Saya harap momentum positif ini dapat diteruskan sempena Bulan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Jadikan platform media sosial bagi menyebarkan bunga-bunga perpaduan dan keharmonian. Media sosial mampu menjadi platform terbaik dalam memupuk semangat perpaduan, kebersamaan, muhibah dan integrasi nasional. #cakapbaikbaik di mana jua!” katanya.

 Beliau berkata meskipun berbeza kebudayaan, masyarakat Malaysia mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah lebih baik di samping perlu meneruskan penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk dalam ajaran agama masing-masing.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan