SUKAN > BERITA

Paris 2024: Penyertaan Azizulhasni Dibatalkan Dalam Acara Keirin

11/08/2024 12:49 AM

Daripada Vikneswaran Raman

PARIS, 10 Ogos (Bernama) -- Impian negara merangkul emas pertama daripada Sukan Olimpik Paris 2024 lebur apabila jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Veldrom Saint-Quentin-en-Yvelines di sini hari ini.

Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan semasa saringan satu pusingan pertama selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Penyandang pingat perak itu sepatutnya bersaing dengan lima pelumba lain iaitu Matthew Glaetzer dari Australia, Rayan Helal  (Perancis), Kaiya Ota (Jepun),Jeffrey Hoogland (Belanda) dan pelumba Suriname, Jair Tjon En Fa.

Saringan satu itu dimenangi Glaetzer sementara kedua menjadi Hoogland.

Dua pelumba tertas pada setiap saringan akan melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang dijadual berlangsung esok.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan