SUKAN > BERITA

Paris 2024: Ashley Akhiri Saingan Golf Wanita Di Kedudukan Ke-55

11/08/2024 01:29 AM

PARIS,10 Ogos (Bernama) -- Pemain golf profesional negara Ashley Lau menamatkan saingan di kedudukan ke-55 daripada 60 peserta dalam acara individu wanita pada Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini.

Pada saingan yang berlangsung di Le Golf National itu, pemain berusia 24 tahun berkenaan berkongsi kedudukan dengan Sara Kouskova dari Republik Czech selepas kedua-dua mereka membuat pukulan keseluruhan 18 atas par 306.

Terdahulu, Ashley melakukan enam atas par 78 pada pusingan keempat itu.

Beliau mencatatkan lima bogey masing-masing pada lubang satu, sembilan, ke-11, ke-12 dan ke-15 selain sembilan pukulan di par empat pada lubang ke-13.

Lydia Ko dari New Zealand meraih emas selepas mengumpul keseluruhan 10 bawah par 278 manakala pemain Jerman, Esther Henseleit meraih perak dengan lapan bawah par 280. 

Pingat gangsa pula dimenangi Xiyu Lin dari China yang merekodkan tujuh bawah par 281. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan