BERITA TERGEMPAR   ACE Market-bound Solar District Cooling Group Bhd aims to raise RM45.09 million from IPO; scheduled to list on Sept 19, 2024 | 
 SUKAN > BERITA

Alex Agyarkwa Direhatkan Tiga Bulan Akibat Kecederaan Kaki

28/08/2024 01:56 PM

SHAH ALAM, 28 Ogos (Bernama) -- Pemain tengah Selangor FC Alex Agyarkwa terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya tiga bulan susulan kecederaan kaki ketika perlawanan akhir Piala FA minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon berkata pemain kelahiran Ghana itu perlu menjalani proses pemulihan sebelum boleh kembali beraksi. 

"Mungkin dia perlu direhatkan selama tiga bulan, sebulan untuk pulih dari kecederaan dan selebihnya untuk tempoh pemulihan bagi mendapatkan kembali kecergasan sebelum boleh beraksi seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui pemberita pada Larian Jiwa Merdeka Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) di sini hari ini.

Sebelum ini, pemain berusia 25 tahun itu dalam hantaran di Instagram berkongsi imej imbasan sinar-X pada kakinya tanpa memberikan sebarang perincian, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kecederaan pemain itu.

Dr Johan Kamal berkata selain Agyarkwa yang cedera, pemain lain diberikan rehat secukupnya bagi proses pemulihan dari segi fizikal dan mental sebelum kembali meneruskan baki perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Pada perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lepas, Agyarkwa terpaksa dikeluarkan beberapa minit sebelum separuh masa tamat dan digantikan dengan penyerang Jordan Reziq Bani Hani ketika Selangor ketinggalan 0-2.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan besar JDT, 6-1.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan