SUKAN > BERITA

Permulaan Goyah Buat Muhammad Nur Syaiful Di Paris 2024

29/08/2024 08:54 PM

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

PARIS, 29 Ogos (Bernama) -- Perenang negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli memulakan kempen Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan agak goyah, selepas menduduki tempat kesembilan secara keseluruhan dalam saringan 200 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), di sini hari ini.

Hanya lapan perenang terbaik dari keseluruhan dua saringan berlangsung di Paris La Defense Arena, di sini, mara ke peringkat akhir, petang ini.

Muhammad Nur Syaiful bagaimanapun diletakkan dalam senarai simpanan bagi acara final bersama perenang kesepuluh terbaik dari Thailand Phuchit Aingchaiyaphum.

Terdahulu, atlet berusia 29 tahun itu merekodkan 2 minit 52.67 saat (s) untuk menamatkan cabaran saringan pertama di tangga kelima, yang diungguli perenang Atlet Paralimpik Neutral, Kirill Pulver (2:34.31s).

Sekiranya tidak dapat beraksi di final 200m gaya bebas lelaki S5, perenang dari Sarawak itu masih mempunyai baki tiga acara lagi termasuk acara kegemarannya 100m kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal).

Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dibuka secara rasmi semalam akan berakhir 8 Sept.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan