SUKAN > BERITA

Kelantan Sasar Juara Kejohanan Futsal, Bola Sepak Orang Pekak Malaysia 2024

02/09/2024 02:42 PM

KOTA BHARU, 2 Sept (Bernama) -- Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) menyasarkan untuk muncul juara masing-masing pada Kejohanan Futsal dan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia 2024.

Presidennya Saiful Helmir Dzamani berkata sasaran itu realistik berdasarkan prestasi dan momentum semasa kedua-dua pasukan berkenaan.

"Kali terakhir KelSDeaf menjadi juara dalam kejohanan futsal serta bola sepak adalah pada 2019 dengan masing-masing berlangsung di Negeri Sembilan dan Kelantan," katanya pada sidang media penyerahan jersi rasmi pasukan futsal Orang Pekak Negeri Kelantan yang ditaja oleh syarikat pemaju perumahan Zas Homes Sdn Bhd, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan Mohd Firdaus Nawi dan Pengurus Operasi Zas Homes Sdn Bhd Muhammad Azrimi Abdullah.

Sementara itu, Mohd Firdaus berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada KelSDeaf untuk menyertai kedua-dua kejohanan tersebut.

"Kita harap bantuan yang diberikan ini dapat membantu pasukan untuk memperoleh kejayaan," katanya.

Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia keempat akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 6 hingga 10 Sept manakala Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia ke-11 diadakan di Kuantan, Pahang pada 29 Sept hingga 5 Okt ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan