SUKAN > BERITA

Sukan SEA: Sabah Adakan Perbincangan Dengan KBS

06/09/2024 05:50 PM

KOTA KINABALU, 6 Sept (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai cadangan penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata beliau bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh secepat mungkin bagi membincangkan dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara berkenaan.

“Hasil perbincangan dan maklumat terperinci yang diperoleh nanti akan kita bawa dan bentangkan kepada Jemaah Menteri (kerajaan Sabah) untuk pertimbangan selanjutnya.

 “Ia (cadangan penganjur bersama) memerlukan persetujuan Jemaah Menteri dan kami (Jemaah Menteri) bersetuju untuk meneliti dan mempertimbangkan cadangan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan Sabah menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 dan sedia bekerjasama bagi memastikan penganjuran temasya itu berjalan lancar.

Semalam, Hannah berkata persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama temasya dwitahunan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan