SUKAN > BERITA

KDN FC Perkuat Jentera Serangan Harungi Baki Saingan Liga Super

07/09/2024 03:10 PM

KOTA BHARU, 7 Sept (Bernama) -- Kemasukan beberapa pemain bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC untuk kembali bangkit menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Pengendali KDN FC Park Jaehong berkata dengan kemasukan dua pemain tempatan dan dua import ini, memberikan beliau banyak pilihan pemain selain boleh membuat penggiliran berdasarkan taktikal perlawanan.

"Kita membawa masuk pemain dengan kemampuan dan kualiti berbeza selain berperanan di pelbagai posisi bakal mengubah pasukan menjadi lebih sukar diramal.

"Kehadiran pemain-pemain ini akan menyebabkan KDN FC menjadi lebih baik terutama barisan jentera serangan yang tumpul sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jaehong berkata ketika ini, KDN FC membawa masuk dua penyerang import baharu iaitu Layth Kharoub dan Aung Kaung Mann bersama dua penyerang tempatan Hakimi Abdullah dan Muhaimin Izzudin.

Turut menyertai KDN FC penjaga gol Fikri Che Soh.

KDN FC menduduki tangga tercorot Liga Super selepas sembilan perlawanan musim ini dengan mengumpul tiga mata hasil satu kemenangan dan lapan kekalahan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan