SUKAN > BERITA

Umar Cipta Rekod Temasya Baharu 400m Di SUKIPT 2024

12/09/2024 08:20 PM

ALOR SETAR, 12 Sept (Bernama) -- Atlet pecut kebangsaan Umar Osman memperbaharui rekod temasya berusia 12 tahun acara 400 meter (m) lelaki untuk meraih pingat emas di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 berlangsung di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, semalam.

Pelari berusia 21 tahun mewakili Politeknik Sultan Ibrahim (PSI) itu menamatkan saingan dengan catatan 46.49 saat (s), memadam catatan terdahulu 47.54s dilakukan S. Kannathasan pada edisi 2012.

Umar merupakan pemegang rekod kebangsaan 46.34s dilakukannya pada Sukan SEA Kemboja tahun lepas.

Pelari kelahiran Johor itu antara dalam radar kontinjen negara ke Sukan SEA Thailand tahun depan.

Penyertaan kontinjen IPT pada SUKIPT 2024 melibatkan 46 universiti swasta, 20 universiti awam, lima Institut Pendidikan Guru (IPG), satu politeknik dan satu kolej komuniti.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan