SUKAN > BERITA

'Pocong' Bakal Menghantui Pemain PUBG Mobile Mulai Hari Ini

08/10/2024 02:59 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- PUBG Mobile, sebuah permainan video popular genre pertempuran beramai-ramai atau battle royal hari ini melancarkan koleksi Cerita Hantu Malaysia bertajuk “Jelmaan” bersempena sambutan Halloween bulan ini.

Pembangun permainan video berkenaan Tencent Games dalam kenyataan memaklumkan para pemain akan teruja menjelajah medan pertempuran dan menghantui musuh mereka dengan set ‘Pocong’ yang direka khas oleh pereka permainan tempatan berbakat.

Tencent Games memaklumkan set ini akan tersedia hingga 11 Nov yang menampilkan empat item iaitu “The Restless Pocong” (set pakaian), “The Pocong Shadow” (senapang DBS), “The Pocong Wanderer” (beg galas) dan “Elusive Pocong” (kuali).

"Sebagai senapang patah yang paling digemari dalam kalangan komuniti, DBS ditransformasikan menjadi senjata yang menakutkan untuk acara ini bagi membolehkan pemain mengalahkan musuh dan menguasai medan pertempuran.

"Set ‘Pocong’ ini berada di tahap Mythic dan hanya boleh diperoleh melalui acara peluang bertuah. Setiap percubaan hanya berharga 10 UC (mata wang tidak dikenali), jadi pemain tidak perlu risau mengenai kos yang terlalu tinggi," menurut kenyataan itu. 

Pengurus Tencent Games (Malaysia) Eugene Chin Yuan Hao berkata beliau sangat teruja dengan perkembangan berkenaan dan mereka sentiasa memberi perhatian kepada komuniti PUBG Mobile mengenai perkara yang membuatkan pemain lebih menikmati permainan itu.

Beliau berkata pengenalan watak-watak terbabit dapat mengukuhkan misi mereka untuk menjadikan PUBG Mobile sebagai permainan video untuk rakyat Malaysia.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan