SUKAN > BERITA

Lim Sasar Cipta Rekod Berlari Paling Jauh Di Atas Mesin Larian

10/10/2024 04:42 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pelari denai jarak jauh atau ultra Grace Lim Swee Ching bakal mencipta baharu Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pelari wanita berlari paling jauh di atas mesin larian.

Rekod dunia semasa untuk larian di atas mesin bagi kategori wanita menjadi milik Emma Timmis dari New Zealand yang berlari sejauh 340.36 kilometer (km), manakala Ireland Tony Mangan mengungguli kategori lelaki sejauh  405.22km. 

Lim, 42, akan memulakan larian selama 48 jam bermula hari ini hingga 12 Okt, meletakkan sasaran untuk melepasi rekod sebelumnya iaitu 25 jam yang dilakukan Melinder Kaur pada Julai 2022 sejauh 123.85km.

Lim yang mencipta rekod baharu kebangsaan dengan jarak 270.3km yang dilakukan dalam masa 48 jam pada Taman Jaya Ultra 2024 baru-baru ini, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 150km untuk mencipta rekod MBOR.

"Saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengatasi kemampuan saya,” katanya hari ini.

Sementara itu Lim berkata larian ini bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Okt) dan Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa (11 Okt), yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan menggalakkan pemerkasaan serta pendidikan kanak-kanak perempuan.

Lim juga berharap hasil bantuan jurulatihnya Jeffery Ross, beliau akan mengumpul RM30,000 untuk dana amal.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan