SUKAN > BERITA

Zii Jia Tempah Tiket Suku Akhir Terbuka Artik 2024

10/10/2024 08:44 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.

Pada aksi di Energia Areena, di Vantaa, Finland, pemain negara di ranking keempat dunia itu mengambil masa 42 minit sebelum mengetepikan cabaran wakil Jepun di ranking ke-30 dunia 21-11, 21-18.

Perseorangan lelaki berusia 26 tahun itu dijangka berdepan pemenang dari perlawanan antara seorang lagi wakil Jepun Koki Watanabe dan Lu Guang Zu dari China

Turut menempat tiket suku akhir, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang mengetepikan kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Jepun 21-16, 21-16.

Pasangan negara akan berdepan sama ada pilihan keempat dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau gandingan Denmark Rasmus Espersen-Christian Faust Kjaer.

Beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menewaskan pilihan keenam dari Taiwan yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-19, 21-12 untuk melangkah ke suku akhir.

Mereka dijangka berdepan sama ada wakil negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie atau Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan