SUKAN > BERITA

Lebih 13,700 Orang Sertai Hari Sukan Negara Labuan

12/10/2024 01:47 PM

LABUAN, 12 Okt (Bernama) -- Lebih 13,700 orang menyertai sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat Labuan yang menyediakan 30 acara sukan yang disusun untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mahanum Fauzi berkata HSN peringkat Labuan bermula awal pagi hari ini di Kompleks Sukan Antarabangsa Labuan dengan (LISC), dengan penganjuran Senamrobik Perdana, pada 6 pagi.

Beliau berkata acara kemudiannya diteruskan dengan Kayuhan Santai MADANI sejauh 30 kilometer (km), Larian Untuk Negara sejauh 5km dan acara Berjalan Ria MADANI sejauh 3km.

“Kesemua acara ini menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, menggambarkan kepelbagaian dan semangat tersendiri sambutan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

HSN turut diisi dengan pelbagai program lain termasuk permainan tradisional, pertandingan dodgebal, cabaran kecergasan dan bola sepak bagi kategori wanita.

Turut berlangsung acara sukan petanque, boling padang, berkhemah, bola tampar dan seni bela diri seperti wushu dan silat dan juga ragbi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan