BERITA TERGEMPAR | Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | |
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Esports Integrated (ESI) merancang menjadikan Malaysia sebagai hab kejohanan e-sukan dunia melibatkan bukan sahaja Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) malah pelbagai permainan lain pada masa akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif ESI Ahmed Faris Amir berkata ia antara usaha berdasarkan rangka tindakan e-sukan negara bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai fasiliti terbaik sukan itu.
“Secara amnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan banyak lagi kementerian seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyokong penganjuran Kejohanan Dunia MLBB M6.
“Jadi kita akan berusaha supaya Malaysia menjadi destinasi pilihan pertandingan kejuaraan dunia untuk permainan lain berdasarkan sokongan diberikan kepada MLBB tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas larian obor Kejuaraan Dunia M6 di Bukit Bintang di sini hari ini.
Malaysia menjadi tuan rumah Kejuaraan Dunia MLBB buat kali kedua bermula 21 Nov hingga 15 Dis ini yang melibatkan 23 pasukan dari pelbagai negara dengan Malaysia diwakili Selangor Red Giants (SRG) serta Team Vamos.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan di MOONTON Games Fikri Rizal Mahruddin berkata pihaknya komited membangunkan ekosistem e-sukan di Malaysia menerusi pelbagai kejohanan dan program yang akan dianjurkan pada masa depan.
“Ada beberapa kejohanan antarabangsa (MLBB) bakal dilangsungkan yang kita akan umumkan kelak. Selain itu, kita fokus untuk kembangkan ekosistem e-sukan bersama-sama ESI serta KBS dan kita akan ada filem yang diadaptasi daripada perjalanan hidup bekas pemain MLBB terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau Soloz,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial