LANGKAWI, 25 Jan (Bernama) -- Pasukan The Next Factor dari Malaysia menepati ramalan apabila menjuarai kelas Racing pada Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2025 yang menutup tirai hari ini.
Pasukan dikemudi Rolf Heemskerk itu membawa pulang Piala Perdana Menteri di samping mengungguli carta dengan mengumpul keseluruhan 15 mata penalti selepas mengharungi 10 perlumbaan yang bermula Selasa lepas.
Sementara itu, pasukan Blitz dari Hong Kong berada di tempat kedua dengan 18 mata penalti, diikuti Vayu dari Thailand dengan 22 mata penalti dan pasukan ATM Sailing Team dari Malaysia berada di tempat terakhir dengan 33 mata penalti.
Heemskerk berkata pasukannya sangat gembira dengan kejayaan kali ini apabila terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kedua pada penganjuran RLIR edisi lepas yang dimenangi Witchcraft dari Hong Kong.
"Kejayaan ini sangat manis, pertama kali menang perlumbaan sebagai skipper untuk bot ini dan belayar di sini, sangat cantik...sepanjang perlumbaan, kami berdepan pelbagai cabaran dan pertandingan sengit dari mula.
"Kami menang tempat pertama beberapa pusingan perlumbaan, kami kekalkan persembahan kami tetapi selepas itu kami ambil mudah dan itu menyebabkan pasukan lawan Blitz dan Vayu menang pusingan lain di tempat pertama, tetapi secara keseluruhannya kami sangat gembira dan pastinya akan kembali tahun depan," katanya ketika ditemui di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) di sini, hari ini.
Sementara itu, pasukan Char Chan dari Jepun yang memenangi tempat pertama bagi kelas IRC1, sangat teruja selepas berjaya merampas trofi daripada pasukan Mata Hari sekali gus memadamkan impian pasukan dari Malaysia berkenaan untuk menjuarai kelas itu buat kali kelapan.
"Secara keseluruhan kami dapat keadaan angin yang baik dan jelas kami bertuah dan kejadian semalam adalah kesilapan saya kerana cara saya menangani situasi. Tahun lepas kami mempunyai masalah mekanikal ketika perlumbaan dan kami dapat tempat kedua, tetapi tahun ini kami berjaya menang tempat pertama dan ini adalah kemenangan Char Chan yang kedua selepas 2020.
"Tahun lepas, Mata Hari datang ke Jepun dan memenangi perlumbaan bagi All Japan Championship, jadi tahun ini kami datang ke sini untuk menyertai dan memenangi Langkawi Regatta. Tahun depan kami akan kembali dan harapnya kami boleh mempertahankan kejuaraan IRC1," katanya.
RLIR 2025 yang dianjurkan di RLYC berlangsung selama lima hari bermula Selasa dengan enam kategori dipertandingkan iaitu Kelas Racing, Kelas IRC1, Kelas IRC2, Kelas Sportboats, Kelas Multihull dan Kelas Club.
KEPUTUSAN HARI TERAKHIR
KELAS RACING (selepas 10 perlumbaan) :
1.The Next Factor (MAS) 15 mata penalti
2.Blitz (HKG) 18 mata penalti
3.Vayu (THA) 22 mata penalti
4.ATM Sailing Team (MAS) 33 mata penalti
KELAS IRC1 (selepas 10 perlumbaan) :
1.Char Chan (JPN) 11 mata penalti
2.Mata Hari (MAS) 18 mata penalti
3.Team Jolt (SGP) 26 mata penalti
4.Red Rum One (SGP) 38 mata penalti
5.Venture (NEU) 50 mata penalti
6.Sailing Dream (CHN) 50 mata penalti
7.Kesini (SGP) 59 mata penalti
8.Uminoko (KGZ) 60 mata penalti
9.Team Malabar (MAS) 73 mata penalti
KELAS IRC2 (selepas sembilan perlumbaan) :
1.Phoenix (DEN) 11 mata penalti
2.The Blue Angel (MAS) 18 mata penalti
3.PDRM Sailing Team (MAS) 19 mata penalti
4.Telaga Sail99 - UMT Racing Team (MAS) 27 mata penalti
5.VG Offshore (MAS) 40 mata penalti
KELAS SPORTBOATS (selepas 10 perlumbaan) :
1.RSYC Racing Team (MAS) 9 mata penalti
2.Navy 2 (MAS) 20 mata penalti
3.Navy 1 (MAS) 23 mata penalti
4.RSYC Sailing Team (MAS) 36 mata penalti
KELAS MULTIHULL (selepas sembilan perlumbaan) :
1.Twin Sharks (THA) 12 mata penalti
2.Haruki (AUS) 14 mata penalti
3.WOW (GBR) 19 mata penalti
4.Boreas (AUS) 36 mata penalti
5.Trident (GBR) 37 mata penalti
KELAS CLUB (selepas sembilan perlumbaan) :
1.Dash (MAS) 8 mata penalti
2.Suraya (AUS) 19 mata penalti
3.Wind of Change (NEU) 20 mata penalti
4.Marikh (MAS) 28 mata penalti
5.Onisama Sailing Racing (CHN) 39 mata penalti
6.Red Cap Sailing School (GBR) 45 mata penalti
7.Tofan (MAS) 56 mata penalti
8.Eveline (MAS) 61 mata penalti
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial